Sat. Sep 24th, 2022

Perkara yang membatalkan IMAN (Iktikad)

Setiap muslim wajib memelihara iman nya daripada terbatal. Allah SWT telah berfirman maksudnya ” Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan seorang muslim, Surah Al-Imran Ayat 102 ”

Iman boleh terbatal melalui iktikad, perkataan dan perbuatan.

Batalnya iman melalui iktikad :

Iman terbatal dengan sebab tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian, perkara ghaib dan syariaat.

Contoh iktikad yang membatalkan iman :

Ketuhanan – Mengingkari kewjudan tuhan sebagai pencipta. Mengingkari sifat kesempurnaan Allah seperti Maha Mendengar dan Maha Melihat. Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bagi Allah. Meyakini kewujudan kuasa lain yang memerintah alam.

Kenabian – Mengingkari kenaban dan kerasulan salah seorang atau semua nabi dan rasul. Mengingkari kerasulan nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan nabi yang terakhir.

Perkara ghaib : Mengingkari hari kiamat atau peristiwa yang berlaku di mahsyar dan pembalasan syurga dan neraka. Mengingkari kewujudan alam barzakh atau azab kubur. Mengingkari kewujudan malaikat dan jin.

Syariaat : Mengingkari rukun islam atau satu daripadanya. Mengingkari hukum yang ditetapkan oleh Allah seperti mengingkari pengharaman zina atau menghalalkan liwat dan maksiat. Beriktikad bahawa undang-undang syariat berteraskan Alquran dan sunnah ialah undang-undang lapuk dan tidak sesuai diamalkan.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *