Sat. Sep 24th, 2022

1. Knights Templar 

Knights Templar pada awalnya adalah pahlawan yang mendedikasikan dirinya untuk menjaga orang-orang Kristian yang hijrah ke tanah suci semasa Perang Salib. Mereka adalah askar yang ditubuhkan oleh Hugue de Payens, Raja Perancis sekitar tahun 1118. Knight Templar juga dikenali sebagai Poor Fellow-Soldiers of the Temple of Solomon. Mereka berpusat di Jerusalem dan telah mengabdikan diri mereka untuk hidup dengan menjaga kesucian, patuh dan taat, menjauhkan diri dari berjudi, tidak mengambil alkohol dan menggunakan kata-kata kesat.

Knights Templar dikenali pada waktu itu kerana kehebatan mereka dalam sudut kenteteraan dan pegangan hidup mereka. Setelah sekian lama, mereka menjadi salah satu tentera yang terkaya dan terkuat di Eropah apabila mereka menyediakan satu bank di tanah suci untuk membantu mereka yang berhijrah mendapat duit yang dikirim dari tanah asal mereka.

Apabila tentera salib tewas dalam peperangan “fall of acre”, Knights Templar berundur ke Paris dan menumpukan kerja-kerja perbankan yang pernah mereka uruskan di tanah suci. Pada 13 Oktober 1307, Raja Philip IV telah menafikan hak Knights Templar untuk mendapat pinjaman yang dipohon. Sesetengah mereka juga ditahan dan di seksa agar membuat pengakuan palsu mengenai salah laku sumpah setia mereka. Pada tahun 1309, seluruh penduduk Paris menjadi saksi pembunuhan beramai-ramai Knights Templar diatas jenayah dan tuduhan palsu yang dikenakan kepada mereka.

Atas desakan keluarga diraja Perancis, Pope Clement V telah menyita dan membubarkan kesemua harta Knights Templar pada tahun 1312. Terdapat khabar angin yang mengaitkan Knight Templars dimana mereka masih wujud dan menjaga Holy Grail dan Shroud of Turin. Perkara ini hangat dibahaskan dalam kalangan peminat teori konsipirasi dan diadaptasi didalam filem The Da Vinci Code.

2. The Freemasons

Freemasons adalah salah satu gereakkan yang tercatat didalam sejarah Amerika di mana ia di sertai oleh 13 dari 39 orang yang menandatangani perlembagaan Amerika Syarikat.  George Washington, James Monroe, Benjamin Franklin, Hohn Hancock dan Paul Revere merupakan salah seorang dari ahli Freemason yang terawal yang didedahkah sebagai ahli Freemason yang menandatangani perlembagaan tersebut.

Sejarah Freemason dapat dilihat pada awal kurun pertengahan di Eropah dimana ia disertai oleh penduduk setempat. Mereka dikenali kerana menguruskan kerja-kerja mereka dengan meletakkan simbol kompas yang menjadi ikon kepada simbol Freemason pada hari ini. Rujukan awal mengenai gerakkan ini ditulis melalui Regius Poem dan Halliwell Manuscript pada tahun 1390. Gerakkan ini dikatakan ditubuhkah seawal tahun 1717 di London dimana 4 Lodge mereka dibina dan disatukan menjadi Lodge terbesar di England. Idealogi mereka mula tersebar luas pada waktu itu di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat.

Freemason bukanlah agama, tapi ia merupakan idealogi yang menerapkan ahli mereka mengenai kelas kehidupan dan menjadi makhluk yang berada di kelas tertinggi. Pegangan ini membawa mereka kepada idealogi “tangan-tangan yang mengawal alam ini”. Gereja Masonic dan ritual rahsia telah menjadi konflik dengan gereja Katholic kerana fahaman dan pegangan mereka tidak selari didalam ajaran Kristian. Pada tahun 1738, gereja telah mengutuk keras gerakkan dan menentang mereka sepenuhnya. Pada tahun 1985, penyertaan didalam gerakkan ini semakin bertambah sehingga ke hari ini.

3. The Illuminati 

Illuminati telah ditubuhkan oleh Professor Adam Weishaupt pada 1 May 1776 di Bavaria. Penubuhan ini hasil ketidak selarian kuasa antara Geraja Catholid dan pemerintahan beraja Bavaria. Gerakkan ini juga diinspirasikan oleh idealogi “pencerahan” di seluruh Eropah pada waktu itu. Selain itu, gerakkan ini juga menggabungkan kepercayaan Kristian, keajaiban misteri tujuh lelaki Memphis “Mysteries of the Seven Sages of Memphis”, Kabbalah dan Freemason. Beliau telah melatih ramai ahlinya untuk menyelinap masuk di lodge-lodge fremason bagi menarik mereka-mereka yang berjawatan tinggi dan berharta untuk menyetai mereka.

Ahli Illmuinati Bavarians dikenali sebagai “Perfectibilists”, dimana dipecahkan kepada tiga bahagian untuk  meningkatkan kekuasaan daripada masyarakat.

4. Skull and Bones

Skull dan Bones merupakan gerakkan rahsia yang ditubuhkan di Universiti Yale di New Haven pada tahun 1832. Skull dan Bones telah ditubuhkan oleh William Huntington Rusel dan di inspirasikan melalui gerakkan rahsia di German yang tidak dinamakan. Beliau juga merupakan salah seorang ketua Alphonso Taff, gerakkan rahsia peperangan yang dikawal selia oleh Presiden Gran, ayah kepada Presiden William Howard Taff yang mana beliau juga merupakan salah seorang ahli Skull and Bones. Ahli-ahli gerakkan ini kebanyakkan terdiri daripada Presiden, bekas Presiden dan Broker-broker.

Setiap tahun, mereka akan memilih ahli-ahli baru dalam kalangan ahli senior Yale. Nama-nama mereka yang terpilih akan diletakkan di Yale Rumpus. Setiap ahli yang terpilih akan dipanggil untuk mengangkat sumpah. Mereka yang bergraduasi di panggil sebagai “patriachs”, ahli yang masih dalam pemerhatian dipanggil sebagai “knights” dan mereka yang tidak terlibat dengan gerakkan ini dipanggil sebagai “barbarians.”

Pada tahun 1986, gerakkan ini terpalit dengan satu kontroversi yang didedahkan oleh Anthony Sutton melalui buku America’s Secret Establishment, dimana penulis terbabit memetik gerakkan ini cuba melaksanakan “new world order”. Ahli-ahli mereka yang terkenal adalah Presidents William Howard Taff, George H.W Bush, George W.Bush, 500 ahli elit dan kakitangan CIA.

5. Bilderberg

Perjumpaan Bilderberg yang pertama telah dijalankan pada tahun 1954 Hotel de Bilderberg di Netherland dimana disinilah nama gerakkan ini diinspirasikan. Persidangan pertama telah diketuai oleh Putera Bernhard dan disertai oleh ahli politik dari Amerika dan Eropah untuk mengukuhkan kedua-dua kontinen ini.

Walaupun gerakkan ini tidak semisteri seperti gerakkan Illuminati atau pun freemason, ia mula menjadi tumpuan kerana tiada satu maklumat yang boleh dikeluarkan melalui persidangan mereka walaupun ianya dihadiri oleh nama-nama besar dalam politik seperti Bill Clinton, Margaret Thatcher, Angela Merkel, Tony Blair dan Henry Kissinger.

Persidangan yang dianjurkan Bilderberg dilakukan setiap tahun dan dihadiri oleh 120-140 orang ahli politik dari Eropah dan Amerika. Kerahsiaan mereka telah menimbulkan pelbagai khabar angin antaranya penaklukan yang berlaku di Timur Tengah seperti Iraq dan serangan besar-besaran di Serbia adalah hasil dari persetujuan ahli-ahli didalam persidangan ini.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *