New World Order

Post 1: Bagaimana penjajahan minda menghasilkan manusia zombie pada abad ini.

Bila bercerita mengenai New World Order, ia seakan satu cerita dongeng dan diada-adakan. Hakikatnya terdapat ramai penulis yang menceritakan kebenaran New World Order. Terdapat pelbagai variasi penulis tidak mengira agama dan bangsa menceritakan topik ini dan titik akhir akan berakhir kepada satu pemerintahan dunia iaitu One Government, One World Order.

Hari ini, admin nak kupas untuk korang bagaimana mereka menghasilkan manusia zombie dimana ia sedang berlaku di sekeliling kita.

“Zombie”, bila disebut je ayat ni, mesti korang terfikir yang berjalan mencari otak. Macam dalam movie!

Yes, exactly the same. Tapi berlainan situasi. Zombie dalam topik ini dimana, manusia dikawal sama ada secara mental dan fizikal oleh satu entiti lain. Entiti ni bermaksud dimana bukan kita yang mengawal apa yang berlaku pada diri kita sepenuhnya. Bagaimana mereka mengawal minda manusia pada hari ini? Pengawalan ini berlaku melalui ketagihan kepada artis, muzik, buku, telefon bimbit dan permainan berkomputer. Pada hari ini, manusia terlampau sibuk mengejar tugasan masing-masing, tanpa melihat sekeliling dan apa yang berlaku pada dunia hari ini.

Untuk mengawal sesebuah negara, ianya mesti terdapat sesuatu yang dapat menundukkan pemerintah negara tersebut. Kunci utamanya adalah melalui pengawalan ekonomi. Kegagalan ekonomi sesebuah negara boleh meruntuhkan segala-galanya. Ia akan memberi kesan seperti peningkatan kadar pengangguran, peningkatan kadar inflasi, seterusnya kadar keberhutangan yang serius negara kepada bank dunia (IMF).  Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, Professor Charlse K. Rowley, dari Universiti George Mason, pakar dalam bidang ekonomi telah mengemukakan soalan mengenai kadar keberhutangan negara Amerika pada tahun 2001, ” Ekonomi Amerika merosot pada tahun 2001 adalah kerana sikap kerajaan pada masa itu yang suka berhutang, dan kadar keberhutangan semakin meningkat semenjak tahun 2001. Sekiranya kadar kerberhutangan menjadi punca ekonomi negara ini merosot, kenapa kerajaan negara ini masih menambah hutang? “. Pada saat itu, Rowley meramalkan bahawa ekonomi negara Amerika akan tumbang sepenuhnya seperti tumbangnya ekonomi negara Argentina pada satu masa dahulu dibawah pemerintahan Juan Pero.

Bagi mengatasi kadar keberhutangan yang tinggi, langkah yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan mengenakan pelbagai cukai kepada rakyat bagi membantu mereka untuk membayar semua hutang-hutang negara. Secara tidak lansung dengan ini, terus meningkatkan kadar untuk sara diri seseorang warganegara.

Jadi, selepas semua ini berlaku mana zombie-nya?

Lalu datang lah syarikat-syarikat dari luar akan menawarkan langkah-langkah untuk menyelamatkan sesebuah negara. Kat sini admin nak bagi teka teki sedikit, sebagai contoh, kita perasan tak kalau Negara Cambodia dan Africa lenyap dari peta? Berkemungkinan 5-10% sahaja yang sedar. Tetapi apabila barangan seperti Nestle, Coca-cola atau internet terputus dalam sehari atau dua. Boleh dikatakan satu dunia menyedari kehilangan tersebut. Pelabur dari luar negara, merupakan salah satu penyumbang terbesar bagi negara yang menghadapi masalah kewangan. Dengan kedatangan pelabur, ia memberi peluang kepada sesebuah negara untuk mendapat sumber kewangan melalui percukaian, import eksport dan sebagainya. Secara tidak lansung, sesebuah negara mula tunduk kepada sumber-sumber pelabur dan menjaga kepentingan mereka berbanding rakyat.

Selain itu, ditulis juga, ditulis oleh penulis buku ini, “Permainan bailout”. Permainan ini juga telah dirancang bagi sesebuah negara yang menghadapi krisis ekonomi. Bagaimana permainan ini dimainkan?

1 – Bank akan memberi hutang kepada sesebuah negara yang sedang menghadapi konflik kewangan, walaupun risiko mereka tahu jangka masa yang diambil untuk membayar balik adalah sangat lama dan ia boleh merisikokan perniagaan mereka. Tetapi, ia juga memberi keuntungan kepada peminjam seperti mereka. Dengan memberi kadar bunga yang tinggi, pada jangka masa yang panjang mereka boleh melipat gandakan keuntungan dengan satu negara peminjam.

2- Apabila negara tersebut tidak dapat membayar hutang dan bunga mereka, satu badan IMF (bank dunia), akan menyertai permainan ini sebagai pemain dan pengadil.  Mereka memberi wang pendahuluan untuk sesebuah negara untuk membayar bunga pinjaman asal dan lebihannya untuk kegunaan politik pada negara tersebut.

3- Dalam jangka masa yang panjang, wang pendahuluan yang diberikan oleh IMF akan susut dan merosot, pinjaman baru akan ditawarkan.

4- Bilakah ia akan berhenti? sudah tentu tidak. Ia akan berlanjutan dan berterusan sampai infinity. Dimana ia telah dirancang agar permainan ini tidak akan tamat. Kerana keuntungan dijana pada bunga pinjaman negara peminjam.

Maka wujudlah zombie dalam sistem ekonomi negara yang patuh dan tunduk pada satu pemerintahan iaitu New World Order.

Agak-agak korang benda ni dah berlaku belum di negara kita?

Sumber:

i) Dr PeterPalms, (Oct,9, 2015 ) BUILDING THE NEW WORLD ORDER WITH IMF AND WORLD BANK AND TAXPAYERS PAY THE BILL, Retrieved from: https://www.thomhartmann.com/users/dr-peterpalms/blog/2015/10/building-new-world-order-imf-and-world-bank-and-taxpayers-pay-bill

ii) Jimm Mars, (2010),The Trillion-Dollar Conspiracy: How the New World Order, Man-Made Disease, Harper Collin Publisher, USA, New York

 

 

 

Leave a Comment