Tue. Sep 20th, 2022

Post 10: Robin Hood Columbia ataupun Kartel kejam?

Pada post kali ini, kami akan menceritakan perkara baik yang pernah Pablo lakukan untuk warga Columbia semasa hayatnya. Walaupun Pablo dikenali sebagai Raja Dadah, Pembunuh Kejam dan Penjenayah yang paling ditakuti semasa era kemuncaknya, masih terdapat kebaikkan yang dilakukan dan dikenang sehingga hari ini oleh warga Columbia.

Sebagai salah seorang yang terkaya semasa era kegemilangannya, dengan nilaian harta melebihi 30 billion, Pablo merupakan seorang penjenayah yang terkenal dengan sikap pemurahnya dan disayangi oleh penduduk setempat. Disebabkan sifatnya yang pemurah dan suka membantu penduduk setempat, beliau digelar Robin Hood oleh warga Columbia. Malahan, beliau juga pernah diangkat untuk mencabar President Columbia pada waktu itu.

Semasa di era kegemilangannya, Pablo telah membina ribuan rumah untuk penduduk yang miskin. Pada waktu itu, ekonomi negara Columbia boleh dikatakan dalam keadaan tenat ditambah lagi kepimpinan yang tidak sehaluan antara parti Liberal dan Konservatif, menyebabkan ekonomi negara itu terumbang-ambing. Selain membina rumah bagi penduduk Columbia yang miskin, beliau juga dikatakan membayar yuran persekolahan bagi anak-anak yang kurang berkemampuan, membiayai dan memberi dana bagi pembinaan sekolah,

Beliau sanggup memberi dan membantu penduduk yang kurang berkemampuan, lebih dari apa yang kerajaan Columbia sanggup berikan kepada rakyat untuk melihat mereka yang kurang berkemampuan dapat menikmati kesenangan hidup. Ini berpunca kerana Pablo sendiri berlatar belakangkan dan hidup dari keluarga yang kurang berkemampuan dan dia sendiri memahami kesusahan untuk mencari sumber pendapatan semasa kecil. Dengan kemampuan yang dia ada, dia sanggup berkongsi kekayaannya bersama-sama mereka yang senasib dengannya.

Pada suatu ketika, Pablo pernah menyatakan bahawa dia sangat tersentuh dan memahami penderitaan penduduk di Moravia, Madellin,  dimana selepas itu beliau mengarahkan untuk  pembinaan  lebih dari 1000 penempatan untuk mereka disana. Kebanyakkan penduduk disana tinggal di kawasan pelupusan sampah dan bekerja sebagai pemungut sampah. Seminggu selepas Pablo melawat kawasan itu sebelum dibangunkan, kawasan itu telah dilanda musibah dimana kawasan itu telah terbakar musnah sehingga memberi kesan kepada sumber pendapatan komuniti yang tinggal di kawasan berkenaan.

Dimana pada saat itu, tiada satu negara mempedulikan musibah itu mahupun kerajaan Negara Columbia sendiri, Pablo telah membantu komuniti berkenaan dengan menyediakan penempatan baru yang sekarang dikenali sebagai “Bario Pablo Escobar” dan dihuni seramai 12,700 orang penduduk pada waktu itu.

Untuk pengetahuan korang smua, Pablo mempunyai sebuah rumah yang boleh dianggap sebagai istana dinamakan sebagai Hacienda Napoles. Dianggarkan tanah dan rumah tersebut bernialai 64 million, dimana ia dipenuhi dengan ladang-ladang, zoo dan terdapat 700 orang pekerja yang menguruskan kawasan terbabit.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami.

Nota kaki: Walaupun terbabit dengan jenayah berat, latar belakang dan kesusahan yang pernah dialami masih mendidik Pablo untuk melakukan kebaikkan walau atas apa pun niatnya. Kadang-kadang, orang biasa lebih memahami kesusahan warga setempat berbanding ahli politik.

Peace yo! Jangan lupa share dan lontarkan pandangan korang ya

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *