Sat. Sep 24th, 2022

Post 11: Hachiko, anjing setia.

 

Kupasan kami kali ini berbeza mengikut post-post yang lepas. Tiada cerita mengenai penjenayah, cik hussin dan sebagainya. Highlight bagi post kali ini mengenai seekor anjing yang bernama Hachiko. Apa yang special sangat tentang anjing ini semasa hidupnya sampai terdapat tugu peringatan dan movie mengenai anjing ini? Teruskan bacaan anda sampai habis ya!

Hachiko dikenali sebagai seekor anjing yang setia, tinggal bersama di dengan pemiliknya di Akita yang merupakan seorang professor. Dia menjadi simbol haiwan yang setia walaupun setelah 4 tahun kematian pemiliknya, Hachiko masih lagi melalukan rutinnya iaitu menunggu pemiliknya di Station Keretapi Shibuya.

Hachiko telah dilahirkan pada 10 November 1923, di sebuah ladang di wilayah Akita. Ia merupakan baka jenis Akita, iaitu anjing yang asalnya hidup di pergunungan utara Jepun. Pada tahun 1924, Professor Hidesaburo Ueno, seorang tenaga pengajar yang mengajar bidang pertanian di Universiti Imperial Tokyo telah memelihara Hachiko dan membawanya ke Shibuya Tokyo untuk tinggal bersamanya. Rutin harian mereka pada setiap pagi adalah berjalan ke Station Keretapi Shibuya dimana Hachiko akan berpisah dengan pemiliknya, dan pulang kembali pada sebelah petang untuk menanti kepulangan tuannya pada pukul 3pm setiap hari.

Rutin itu berterusan sehinggalah ada suatu hari, Proffesor Hidesaburo telah mengalami pendarahan otak (brain hemorrhage), atau lebih dikenali stroke pada hari ini semasa mengajar dan meninggal di tempat kejadian. Namun kejadian itu tidak diketahui oleh Hachiko, dimana ia masih meneruskan rutin harian menanti pemiliknya pulang pada pukul 3pm.

Apa yang menyedihkan, pada saat itu Hachiko tidak berjaya menemui pemiliknya ketika penumpang lain mula turun dari keretapi yang berhenti station Shibuya. Pada hari berikutnya, Hachiko masih lagi meneruskan rutinnya ke station Shibuya dengan harapan Professor Hidesaburo akan kembali berjalan pulang bersamanya. Tetapi Hachiko tidak mengerti bahawa tuannya tidak akan pulang lagi untuk selama-lamanya.

Anjing setia ini tetap meneruskan rutinnya tanpa gagal sehingga hari bertukar kepada bulan. Lama-kelamaan anjing ini menjadi tumpuan pengguna dan pekerja keretapi disana. Pada awalnya, mereka menganggap anjing ini sebagai anjir terbiar yang kebiasaan berkeliaran di kawasan tersebut. Setelah beberapa ketika disana, mereka mula memberi makanan kepada Hachiko yang selalu bekunjung ke station tersebut.

Kehadiran Hachiko berterusan di station itu menjadi bualan ramai sehingga salah seorang pelajar Proffesor Hidesaburo yang bernama Hirokichi Saito telah datang ke Shibuya untuk membuat kajian mengenai rutin anjing tersebut. Kajian itu telah dijalankan dimana dia sendiri telah ke station Shibuya untuk melihat samaada Hachiko masih menunggu kepulangan tuaanya. Hirokichi juga telah menjadi seorang pakar mengenai anjing baka Akita setelah menamatkan pengajiannya. Beliau juga telah mendokumenkan kajiannya dimana hanya terdapat 30 ekor sahaja baka Akita yang asli pada masa itu dimana salah seekornya adalah termasuk Hachiko.

Hirokichi juga telah mengeluarkan artikel mengenai Hachiko pada tahun 1932, dimana salah satu artikel itu telah disiarkan oleh surat khabar tempatan (Asahi Shimbun). Pada saat itu Hachiko mula mendapat perhatian dari warga tempatan dan penduduk Jepun. Tidak lama selepas itu, Hachiko mula menjadi tumpuan penduduk Jepun dimana ia dianggap sebagai simbol kesetiaan dan nasib baik. Hachiko juga ditemani oleh peminat-peminatnya ke station Shibuya dimana ia rutinya tetap berjalan seperti biasa untuk menanti kepulangan Professor Hidesaburo.

Pada tahun 1935, Hachiko telah ditemui mati. Walaupun selama 10 tahun, menanti kepulangan tuannya, Hachiko tidak pernah gagal untuk menjalankan rutinnya semasa dia hidup. Kematian Hachiko menjadi berita tergempar dan disiarkan diseluruh surat khabar tempatan pada waktu itu.  Abu Hachiko telah ditempatkan bersebelahan dengan abu tuannya. Mengikut kepercayaan masyarakat disana, mereka percaya bahawa Hachiko akan pulang bersama dengan tuannya kembali di alam lain. Bulu Hachiko telah disimpan dan diawet untuk dipamerkan di Muzium Sains Jepun.

 

Hachiko menjadi anjing kesayangan warga Jepun dimana satu tugu Hachiko telah dibina hasil daripada derma oraang ramai. Ia dibina tepat dimana tempat Hachiko menunggu pemiliknya. Pada saat Jepun terlibat dengan perang dunia ke dua, tugu Hachiko antara yang turut sama musnah dan dibina kembali pada tahun 1948.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami mengenai Hachiko.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya!

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *