Sat. Sep 17th, 2022

Post 12: Dark Side minuman soda Coca-Cola

Post kali ini, agak scary dan mungkin boleh memberi maklumat yang anda semua tak tahu. Kali ini kami akan kupaskan sudut gelap bagi satu syarikat antarabangsa yang ternama dan sudah lama menapak di Malaysia. Sebelum kami kupaskan dengan lebih lanjut, ingin kami tegaskan bahawa penulisan ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan, ianya hanya sekadar informasi dan maklumat untuk menambah pengetahuan anda semua.

Tanpa membuang masa kalian, ayuh kita selami dark side of Coca-cola:

  • Korang pernah terfikir tak kenapa soda ini diberikan nama Coca-cola? Dan, apakah maksud disebalik Coca-cola? Pada 8 Mei 1886,  Dr John S Pemberton merupakan pencipta jenama ini dan berasal dari Atlanta, Georgia. Pada awalnya minuman hanyalah jualan secara kecil-kecilan di farmasinya untuk pesakit yang datang menerima rawatan. Selepas beberapa ketika, minuman ini mula mendapat perhatian penduduk setempat dan mula dijual dengan kadar 5 sen segelas.  Antara sebab ia dipanggil Coca-cola, pada awalnya minuman ini dijual bersama campuran C o caine. Ia bukanlah satu rahsia yang besar bagi syarikat ini, kerana pada waktu itu kerajaan AS tidak mengharamkan pengunaan C o caine. Pada waktu itu Coca-cola dianggap sebagai minuman kesihatan oleh warga setempat. Pada tahun 1903, pengurusan Coca-cola dengan sebulat suara untuk membuang perkataan Co caine pada minuman mereka selari dengan perundangan AS dimana pada tahun 1914, undang-undang telah diperketatkan dan penggunaan Co caine telah diharamkan sepenuhnya.

 

  • Coca-cola menimbulkan isu rasisma dalam kalangan penduduk AS? Pada awal penjualan Coca-cola secara besar-besaran, ianya dijual dengan harga serendah 1 nickel sebotol, iaitu bersamaan 5 sen usd ataupun RM0.21 sen. Dengan harga semurah itu, orang-orang berkulit putih risau mengenai pembeli berkulit hitam. Antara puncanya adalah, pada waktu itu, penjualan Co caine dikuasai oleh mereka yang berkulit hitam. Mereka yang berkulit putih mengeluarkan tuduhan bahawa mereka risau akan keselamatan wanita berkulit putih sekiranya mereka yang berkulit hitam mencampurkan Co caine kedalam minuman untuk merogol mangsa mereka.

 

  • Pada tahun 1940, Coca-cola telah melaburkan sejumlah wang untuk pemasaran minuman mereka. Dianggarkan sebanyak 100 million pelaburan yang telah dilaburkan bagi menarik minat warga AS untuk menikmati minuman mereka. Untuk menjayakan kempen mereka, mereka telah mencipta botol dimana sekiranya pembeli bertuah membeli minuman tersebut, terdapat hadiah misteri pada botol tersebut. Botol itu dinamakan MagicCans  dimana jika ia mengandungi hadiah, pada bahagian botol itu akan “meletup” dengan spring yang ditutup pada bahagian atas bagi meraikan pemenang. Tetapi rancangan ini boleh dikatakan salah satu kegagalan Coca-cola kerana mereka terlalu mengejar keuntungan dimana jika pembeli tidak bertuah membeli air tersebut, botol itu diisi dengan air berchlorine dan ammonium sulfate bagi membuatkan pembeli mereka membeli minuman yang lain.

 

  • Otak manusia telah dicipta semulajadi untuk mengesan rasa manis. Untuk pengetahuan semua, Coca-cola telah dicipta untuk memenuhi kehendak otak anda dimana tegukan pertama dan kedua terus meransang otak anda untuk mendapatkan lebih tegupan. Rahsia minuman ini digunakan sebagaimana mereka mencipta wine, bezanya Coca-cola yang dipasarkan diclaim tidak mempunyai alcohol dan tidak memabukkan.

 

  • Perisa original Coca-cola Clasic merupakan rahsia terbesar bagi syarikat Coca Cola.  Rahsia ini dikawal ketat mengalahkan kawalan menjaga dunia ini. Kalau korang nak tahu, resipi ini dinamakan sebagai 7x. Resepi minuman ini hanya diketahui oleh pemilik asal dan beberapa orang pemegang saham terbesar syarikat itu yang dirahsiakan. Dikatakan, resipi minuman itu dibahagikan kepada dua, dimana setiap orang akan memiliki separuh rahsia resepi itu. Lebih menarik lagi, mereka yang mengetahui rahsia resipi minuman itu tidak dibenarkan untuk travel bersama, khuatir rahsia tersebut akan bocor dan demi kerahsiaan resepi tersebut. Pada tahun 1940, terdapat beberapa orang saintis cuba memecahkan rahsia resepi Coca-cola Classic, namun gagal kerana rasanya tidak sama 100% seperti yang dikeluarkan oleh Coca-cola.

 

  • Pelbagai cubaan untuk memecahkan resipi Coca-cola, namun semuanya gagal. Pada tahun 2012, terdapat satu bahan yang dapat dipastikan 100%  oleh para saintis mengenai resipi yang terdapat dalam Coca-cola, iaitu Alcohol. Yup, Alcohol, setelah sekian lama kita percaya yang Coca-cola bebas dari alcohol. Tetapi syarikat ini menafikan bahawa mereka meletakkan alcohol pada minuman mereka kerana ia dipasaran secara meluas sehingga menembusi pasaran negara-negara Islam. Kewujudan alcohol dalam minuman mereka adalah terhasil secara semulajadi, jawab pengeluar Coca Cola dalam satu sidang akhbar setelah diajukan soalan tersebut.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami. Jangan lupa untuk lontarkan pandangan korang dan share ya!

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *