Fri. May 20th, 2022

Post 13: Sisi gelap Taj Mahal

Taj Mahal, struktur yang menjadi ikon jika anda semua melawat ke Negara India. Bukti cinta abadi Shah Jahan terhadap isterinya , Mumtaz Mahal yang meninggal semasa melahirkan anaknya. Struktur ini mula dibina pada tahun 1632 sehingga 1647 di bawah pemerintahan Kerajaan Diraja Mughal yang diperintah oleh Raja Shah Jahan. Untuk pengetahuan semua, Taj Mahal mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan. Ianya dibina dengan menggunakan 22000 orang tenaga hamba bagi membangunkan satu monument cinta ini. Tidak dilupakan juga penggunaan binatang seperti gajah dan kuda dikerahkan tenaga bagi menjayakan pembinaan ini. Dianggarkan lebih 1 billion nilaian yang dikeluarkan bagi memenuhi impian pembinaan Taj Mahal, dimana ia dilengkapi dengan marmar dan batu-batu semulajadi yang dikumpul dari seluruh pelusuk dunia.

Apa yang kita selalu dengar mengenai Taj Mahal, ia adalah lambang  kisah cinta Shah Jahan terhadap isterinya. Tetapi kita semua tidak tahu akan sisi gelap kisah cinta ini. Ayuh, teruskan membaca kupasan kami.

Untuk pengetahuan semua,  Mumtaz Mahal adalah isteri ketiga bagi Raja Shah Jahan.  Beliau telah mengahwini Raja Shah Jahan pada umur 14 tahun dan melahirkan 14 anak sepanjang 19 tahun perkahwinanya bersama Raja terebut. Boleh dianggarkan, sepanjang tahun perkahwinannya, beliau melahirkan seorang anak pada setiap tahun dalam hayatnya. Kematian Mumtaz adalah dari kesan dari melahirkan anak tanpa henti selepas berkahwin dengan Raja Shah Jahan.

Terdapat banyak pandangan yang menyedihkan yang menyatakan Mumtaz adalah isteri kegemaran Shah Jahan. Disebabkan itu, Mumtaz terpaksa melahirkan Shah Jahan tanpa henti. Untuk pengetahuan semua Shah Jahan mempunyai 200 orang gundik semasa hayatnya. Shah Jahan juga dikatakan bersikap zalim terhadap gundik-gundiknya. Media barat juga telah menggunakan fakta ini dan memutar belitkan perkaitan agama yang dianuti Shah Jahan untuk memburukkan agama Islam kerana pada waktu itu, pemerintahan Shah Jahan dikatakan mengamalkan agama Islam. Budaya barat amat menentang keras mengenai poligami yang dianjurkan dalam agama Islam.

Jadi masihkah anda menganggap Taj Mahal itu sebagai lambang kasih atau hanya pemuas nafsu seorang raja?

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami mengenai Taj Mahal. Jangan lupa share dan lontarkan pandangan anda mengenai kupasan ini!

Salam Thenang

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *