Tue. May 17th, 2022

Post 14: Rastafari, adakah ia idealogi atau agama?

Bangkitnya rastafari pada awalnya dalam golongan gerakan agama kaum Euthopia dan Pan Africa. Rastafari atau ia juga dieja sebagai Ras Tafari, merupakan agama dan gerakan idealogi politik yang bertapak di Jamaica pada awal tahun 1930 dan mula diterima ramai seluruh dunia pada era kebangkitan Bob Marley. Rastafari merupakan gabungan agama Christian Protestant, pegangan mistik dan kesedaran politik dalam kalangan pan-Africa. Wujudnya Rastafari selepas pertabalan Raja berkulit hitam Euthopia iaitu Raja Haile Selassie I pada tahun 1930. Dari situ, bermulalah gerakkan yang menyebarkan kepercayaan bahawa Raja Selassie adalah bayangan tuhan. Perkara ini juga turut disebarkan oleh pendakwah-pendakwah agama yang terkenal pada masa itu seperti Leonoard Howel.  Untuk pengetahuan semua Leonard Howel merupakan antara pengasas awal komuniti Rastafarian pada tahun 1940. Pada tahun 1950, 2 dekad selepas gerakkan/idealogi dan agama ini ditubuhkan, ia mula diterima dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia melalui ikon muzik reggae terkenal, iaitu Bob Marley. Walaupun setelah kematian Selassie pada tahun 1957 dan Bob Maley pada tahun 1981, Rastafarianism masih lagi berkembang ke seluruh pelusuk dunia tanpa henti.

Latar Belakang 

Akar bagi Rastafarianism ini boleh dijejak pada abad ke 18, dimana golongan gerakan agama Euthopia mula menekankan idea kebangkitan Africa atau bangsa kulit hitam dalam amalan penghambaan yang diamalkan oleh warga Amerika. Pada 2 November 1930, Raja Haile Selassie I telah ditabalkan. Raja tersebut dipercayai berasal dari keturunan King Solomon (Nabi Sulaiman) dan Queen of Sheba (Ratu Balqis), dimana dia diangkat sebagai Raja pada Raja, Tuhan pada Tuhan dan Singa penakluk dari kaum Judah oleh rakyatnya melalui ramalan kitab Injil dimana terdapat Raja yang berkulit hitam yang akan ditabalkan pada waktu itu yang merujuk kepada Raja Selassie I oleh pendokong-pendokong agama disana.

Pendokong-pendokong agama Jamaica mula mempromosikan kekuasaan Selassie bagi menjatuhkan King George V (pada waktu itu, Jamaica dibawah colonial England), dan pada tahun 1930, Raja Selassie telah ditahtakan. Pengikut-pengkikutnya mempercayai mereka dibawah pemerintahan tuhan yang berjasadkan Manusia. Walaupun berbeza idealogi dengan agama Christian, Rastafarianism mempunyai persamaan dengan kepercayaan kuno Israelites, dimana kekuasan bangsa berkulit hitam wujud kembali melalui tanah Babylon yang ditindas ke Africa (Babylon pada konteks ini adalah pemerintahan barat ataupun orang berkulit putih). Gerakan Rastafarianism ini berpegang kepada pelbagai pengaruh agama dan kepercayaan, sebagai contoh, terdapat pantang larang dalam pemakanan mereka seperti yang dianjurkan oleh kitab Old Testament dan menggunakan herba hijau untuk meningkatkan kepercayaan kerohanian mereka.

Pada awalnya, gerakkan ini telah dianggap sebagai kebangkitan yang memberi kesan negatif kepada kerajaan Jamaica. Pendokong-pendokong gerakan Rastafarianism seperti Leonard Howell, Robert Hinds, Josep Hibbert dan Archibal Dunkey pernah ditangkap beberapa kali oleh Kerajaan Jamaica. Gerakkan Rastafarianism bergerak dengan beberapa nama pada waktu itu seperti Ethiopian Salvtion Society pada tahun 1939 dan Kominity Rasta yang dikenali sebagai Pinnacle.

Cabang Rastafarianism

Pada tahun 1940, terdapat versi radikal Rastafarianism yang dikenali sebagai Youth Black Faith, ia mula berkembang di ibu Kota Jamaica, Kingston. Gerakkan ini antara yang lantang menentang kerajaan pada waktu itu. Mereka juga memperkenalkan versi tambahan ciri-ciri Rastafarianism iaitu mengenakan jenis gaya rambut tertentu (dreadlock), dan bercakap menggunakan dialek mereka tersendiri.

Setelah lebih dua dekad Rastafarianism diperkenalkan, penambahan cabang baru bagi gerakkan ini semakin bertambah. Pada tahun 1958. Putera Emmanuel Charles Edward telah menubuhkan satu lagi gerakkan yang dikenali sebagai Ethiopian International Congress, atau ia juga dikenali sebagai Bobo Ashanti.

Sebagaimana yang kita tahu, Rastafarianism ini terbahagi kepada idealogi dan agama. Untuk mereka yang menganuti agama ini, mereka dipanggil monoethiest, dimana bertuhankan tuhan yang satu dan ianya dipanggil Jah. Jah adalah singkatan bagi nama Jehovah. Jehovah merupakan panggilan kepada tuhan dalam kitab Old Testament. Selain menganggap Jah itu sebagai ghaib, penganut agama ini juga mempercayai bahawa sifat ketuhanan ini diwariskan kedalam setiap individu.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami mengenai Rastafarianism. Sekirannya ada kekurangan dan kesalah fahaman, boleh roger-roger kami di runagan komen ya.

Jangan lupa share dan lontarkan pandangan korang!

Salam thenang..

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *