Sat. Sep 24th, 2022

Post 15: Diari Hitler dan penipuan terbesar dunia

Diari Hitler, atau didalam bahasa Germannya (Hitler-Tagebüche), merupakan sebuah catatan harian yang ditulis oleh Adolf Hitler, dimana ia mengandungi 60 siri yang telah direka oleh Konrad Kujau pada tahun 1981 dan 1983. Diari tersebut telah dijual dengan harga 9.3 million pada tahun 1983 kepada majalah West Magazine Geman Stern (sebuah syarikat penerbitan yang obses mengenai Hitler pada waktu itu). Syarikat terebut telah menjual kembali catatan diari Adolf Hitler kepada beberapa organisasi dalam bentuk bersiri. Antara syarikat penerbitan yang membeli kembali catatan tersebut adalah The Sunday Times, dimana pengarah syarikat terbabit telah ditanya mengenai keaslian catatan tersebut. Setelah isu ini timbul, ia telah menimbulkan keraguan ramai ahli sejarahwan dimana pada awalnya ia tidak pernah disahkan mengenai keaslian catatan tersebut sebelum ianya dijual. Melalui kepakaran analisis yang telah dilakukakn oleh pakar forensik dan bantuan sejarahwan, karya tersebut merupakan rekayasa yang diciplak dan dijual untuk mengaut keuntungan. Untuk pengetahuan semua, pada waktu itu, banyak syarikat penerbitan yang obses mengenai rahsia Adolf Hitler, dimana mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber yang rare bagi menarik minat orang ramai untuk mendapat bahan bacaan syarikat mereka.

Jom kita kenali scammer hebat yang menjual sejarah Adolf Hitler

Konrad Kujau telah dilahirkan dan dibesarkan di German Timur. Beliau sangat terkenal dengan sejarah-sejarah jenayah dan hasutannya pada era 70an. Pada tahun 1970, beliau mula menjual Nazi Memorabilia, yang mana ia telah diseludup melalui German Timur. Beliau mendapati, sekiranya barangan yang dijual dikaitkan dengan pemimpin Nazi pada waktu itu, beliau dapat melipat gandakan keuntungan. Bermula dari situ, beliau mula mencipta karya seperti lukisan, nota dan sajak-sajak yang diclaim ianya hasil tangan Adolf Hitler. Antara penipuan terbesar Konrad ini adalah penulisan diari Hitler, dimana diari tersebut telah ditulis oleh Konrad sendiri.

Pengakhiran kes ini, Konrad telah dimasukkan dalam pejara bersama Pengarah West Magazine iaitu Heidemann. Skandal terbesar ini telah menyebakan kerugian yang hampir 10 million dan menyebab ratusan wartawan kehilangan pekerjaan.

Tidak hairanlah kenapa scammer makin berleluasa sekarang, zaman Hitler pun dah ramai yang jadi scammer.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami mengenai tajuk kita pada hari ini.

Seperti biasa, jangan lupa untuk share dan lontarkan pandangan korang ya!

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *