Fri. May 20th, 2022

Post 18: Polis mengatakan ianya kemalangan, koroner (penyiasat kematian) ianya bunuh diri, dan teori konsiprasi mengatakan ia pembunuhan terhadap Marilyn Monroe.

Pada hari ini, kami akan mengupaskan mengenai Marilyn Monroe. Kematian Marilyn Monroe telah mengengarkan industri hiburan pada waktu itu, dimana mereka yang tidak mengenali dan melihat karyanya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Marilyn Monroe merupakan isteri kepada Joe DiMaggio, yang juga merupakan kawan kepada Frank Sinatra. Kematian Marilyn Monroe pada 5 Ogos 1962 memberi impak yang besar kepada industri hiburan Amerika Syarikat. Dan masih ramai yang tidak berpuas hati dengan hasil laporan yang didedahkan.

Pembantu rumah Monroe, Eunice Murray, pada waktu itu tertidur di rumah majikannya pada 5 Ogos 1962. Pada pukul 3 pagi, Eunice tersedar dari tidurnya dan mendapati bilik Monroe masih lagi bercahaya. Beliau mula merasakan sesuatu yang ganjil dan cuba untuk membuka pintu bilik terebut serta memanggil nama Monroe untuk memastikan Monroe berada didalam bilik tersebut. Setelah beberapa cubaan untuk membuka pintu bilik Monroe gagal, Eunice telah menhubungi doktor peribadi Monroe, Dr. Ralph Greenson, dimana doktor tersebut merupakan pakar psikatari peribadi Monroe. Dr. Ralph kemudian bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memasuki bilik tersebut melalui tingkap. Apa yang menyedihkan, saat beliau berjaya memasuki bilik tersebut, beliau mendapati Monroe sudah tidak lagi bernafas.

Monroe ditemui diatas katilnnya, dipenuhi dengan pil penenang. Dr Ralph Greenson kemudian menghubungi Dr Hyman Engelber, dimana beliau antara orang yang terawal membuat pengesahan kematian Monroe. Sejurus selepas itu, pihak berkuasa mula memenuhi rumah Monroe pada pukul 4.30 pagi pada hari kejadian. Mayatnya kemudian dibawa ke Los Angeles County untuk siasatan. Pada hari yang sama laporan toxicology telah dikeluarkan dan mengatakan kandungan pil tidur dapat dijumpai dengan kadar yang tinggi didalam darah Monroe.

Melalui cara hidup dan sejarah Monroe, ramai yang bersetuju bahawa beliau membuat keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri.

Bilik dimana mayat Monroe ditemui

Pembunuhan atau cubaan untuk menutup rahsia?

Rakan-rakan Monroe mula menentang laporan yang telah disediakan pada pihak berkuasa. Laporan kematian tersebut dikatan hanyalah penipuan untuk menutup rahsia yang Monroe sebenarnya dibunuh. Bacon, rakan kepada kepada Monroe menceritakan bahawa beliau baru sahaja berjumpa dengan Monroe sebelum kejadian tersebut, tiada tanda-tanda yang dia dalam keadaan tertekan dan beliau telah merancang untuk bercuti bersama-samanya di Mexico.

Selain itu, Pat Newcob juga meluahkan rasa kekecewaannya terhadap laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Pat telah berjumpa dengan Monroe, pada malam kejadian itu berlaku, dimana mereka telah merancang untuk keluar menonton wayang bersama-sama pada keesokkan hari. “Keadaan mental dan fizikal Monroe sangat baik”, ujar Pat.

Monroe juga dikatakan mula menjalinkan hubungan kembali dengan bekas suaminya, iaitu Joe DiMaggio dan teruja mengenai rancangan-ranganan baru yang ditawarkan kepadanya. Selain itu, Monroe juga dikatakan ditawarkan untuk bekerja kembali dalam rancangan Something Got to Give. Ini menunjukkan, bahawa tiada penyebab yang mengatakan tekanan pekerjaan yang membunuh pelakon terkenal ini.

Tiada nota bunuh diri dijumpai bersama Monroe pada hari kejadian. Lebih menghairankan, laporan yang menyatakan kematian Monroe hasil daripada pengambilan ubat tidur yang berlebihan bertentangan dengan hasil bedah siasat. Laporan bedah siasat mengatakan tiada sisa dan saki baki pil tersebut ditemui didalam usus Monroe. Pakar yang telibat dalam pembedahan tersebut, Thomas Noguchi, meminta agar siasatan dibuka kembali mengenai kematian Monroe.

Sejurus selepas itu, sidang wawancara telah dijalan oleh Timbalan Coroner yang menandatangani sijil kematian Monroe. Dia menyatakan bahawa sijil itu telah dikeluarkan dibawah tekanan pihak-pihak tertentu.

Selepas beberapa dekad, pelbagai teori konspirasi yang dikeluarkan melalui penyiaran buku dan kertas siasatan, pada tahun 1982, pihak berkuasa Los Angeles Country Distict Attorney’s Office mengarahkan siasatan dibuka kembali keatas kematian Marilyn Monroe. Walaupun pada tahun yang sama, mereka menyimpulkan bahawa “tiada bahan bukti dapat ditemui”, mereka juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai keraguan dan persoalan mengenai kematian Marilyn yang tidak terjawab.

Teori konspirasi kematian Marilyn Monroe

Sekiranya Marilyn tidak mati atas sebab membunuh diri atau kemalangan, siapakah dalang yang mungkin melalukan pembunuhan terancang ini? Walaupun terdapat pelbagai teori yang telah dikeluarkan oleh penganalisis. Mereka semua bersetuju diatas satu fakta, bahawa kematian Monroe adalah berkaitan hubungan sulitnya dengan Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu. Terdapat seorang sahaja yang berkuasa dan mempunyai sumber untuk menutup kematian Monroe pada waktu itu, iaitu Presiden Amerika Syarikat.

John F. Kennedy dan adiknya Robert dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Monroe. Perkara ini telah dilaporkan sendiri oleh rakan baik Monroe dan doktor peribadinya. Hubungan Monroe dan John F.Kennedy masih tidak dapat disahkan oleh pakar kajian yang mengkaji kes ini. Walaupun mereka telah didapati bersama beberapa kali.

Selain itu terdapat juga khabar angin mengatan Monroe mempunyai hubungan sulit dengan Robert F. Kennedy. Khabar angin itu mula dapat disahkan pada Oktober 2017 dengan pengishtiharan umum siasatan JFK Files.  Pada tahun 2017, kerajaan Amerika Syarikat telah mengumumkan ribuan dokumen mengenai pembunuhan terancang John F.Kennedy kepada umum. Salah satu daripada dokumen tersebut adalah sepucuk surat dari FBI kepada Robert, dimana surat tersebut memberi amaran kepada Robert agar tidak membocorkan rahsia hubungan sulitnya melalui buku yang ditulis oleh Robert.

Dokumen dan file-file tersebut tidak lagi disembunyikan lagi semasa pemerintahan  President Donald Trump dan disiarkan kepada umum pada tahun 2017, tetapi terdapat 300 dokumen yang berkaitan masih lagi dirahsiakan kepada umum atas alasan national security (keselamatan negara).

Teori konspirasi kematian Monroe yang melibatkan Robert F.Kennedy juga menjadi bualan hangat apabila pembantu rumah Monroe, Eunice Murray mengatakan bahawa RFK telah kerumah Monroe pada hari yang sama kematian Monroe. Mengikut Ted Landreth, pengarah rancangan The Last Day of Marillyn Monroe, Robert disahkan berada di berada di lokasi terdekat. Beliau mengesyaki pasangan ini bergaduh sebelum Monroe dibunuh.

Pada 1982, sebuah rancangan television telah menyiarkan antara sebab-sebab Monroe telah dibunuh oleh kerajaan. Rancangan ini telah keudara oleh NBC pada Ogos 1962, dimana ia menyiarkan trasnkrip yang telah dikeluarkan oleh laman sesawang CIA, dimana ia mengatakan Monroe telah kehilangan diari dimana diari tersebut mempunyai pelbagai maklumat berkaitan dengan negara dan antarabangsa. Antara maklumat yang terdapat didalam diari tersebut adalah maklumat lengkap tentang rancangan pembunuhan Fidel Castro, yang telah diberikan President Kennedy kepada Monroe. NBC juga mengatakan, diari tersebut juga menyimpan rahsia mengenai hubungan sulit antara Monroe dan adik President sendiri, iaitu Robert.

Risau akan Monroe memecahkan rahsia hubungan sulitnya dengan Robert kepada kerajaan Amerika Syarikat, Robert telah membuat keputusan untuk menghapuskan Monroe, antara teori yang disimpulkan oleh mereka yang mengkaji teori konspirasi ini. Para pengkaji bersetuju menyatakan bahawa Monroe telah disuntik dengan ubat penenang sehingga menemui ajal berikutan kegagalan pihak berkuasa menemui sisa saki-baki kapsul pil penenang didalam usus Monroe semasa bedah siasat dilakukan.

John F Kennedy merupakan president Amerika Syarikat yang ke-35. Beliau juga telah terkoban dalam satu insiden pembunuhan terancang pada 22 November 1963.

Alright guys, sampai disini sahaja kupasan kami mengenai post ini.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan anda dan share ya!

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *