Kaum yang lenyap (Kaum Mayan)

Post 3: Kaum Mayan adalah jelmaan Tamadun Mesir dan membawa serpihan freemason?

Hari ini kami nak kupaskan mengenai kaum Mayan yang telah lama lenyap dari muka bumi ini. Walaupun telah beribu tahun kaum ini hilang dan menjadi tanya kepada para pengkaji seluruh dunia, struktur binaan bagi kaum ini masih megah berdiri di Tanah Mexico.

Terdapat banyak spekulasi, fakta, fiksi dan dongengan mengenai kaum yang lenyap ini. Terletak jauh di belantara Mesoamerica, pada 1200 tahun yang lepas, kaum ini merupakan salah satu kaum terawal yang hidup secara bersistem di mana terdapat raja, kerabat yang mulia atau bangsawan, rakyat biasa dan hamba.

Seperti mana-mana tamadun, termasuklah mesir kuno dan sebagainya, sistem ini diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Apa yang menarik tentang tamadun ini selain dari sistem pemerintahan dan seni binanya adalah kajian astronomy pada waktu itu. Tidak lupa juga, walaupun tamadun Mayan ini terletak jauh di belantara Mexico, antara binaan yang menarik perhatian kami adalah piramid. Cuba anda bayangkan, pada saat itu tiada google, tiada sosial media yang boleh menghubungkan antara dua tamadun ini, mayan dan mesir kuno, bagaimana mereka boleh terinspirasi untuk membina binaan yang hampir sama.

Untuk pengetahuan semua, tamadun Mesir purba mempercayai tentang kewujudan tuhan dan diantara salah satunya Osiris. Osiris adalah merupakan anak kepada tuhan Geb dan Nut. Beliau merupakan seorang firaun yang bijak dimana beliau merupakan manusia terawal yang mengajar mengenai pertanian dan membina bandar pertama di Mesir pada ketika itu. Kaum Mayan juga mempercayai tentang kewujudan Osiris dan dikatakan menggunakan panggilan yang sama kepada tuhan yang datang dari timur yang mengajar mereka mengenai pertanian dan membina kota Mayan. Terdapat kajian mengenai Mesir Purba mengatakan, bahawa Osiris sendiri pernah keluar mengembara beribu-ribu batu meninggalkan isterinya. Dikatakan Osiris sendiri pernah sampai ke kota Mayan di mana terdapat deskripsi kaum Mayan mengatakan selepas tuhannya yang mempunyai jambang pulang ke timur, beliau tidak lagi kembali ke kota Mayan. Tuhan yang mempunyai jambang itu dijelaskan lagi bahawa ia mempunyai karakter seperti Osiris. ” Permegian tuhan kami tidak akan kembali walaupun beliau sudah bangkit dari kematian”, kaum Mayan juga menggambarkan mereka mengetahui kehidupan Osiris bahawa beliau telah dibunuh oleh abangnya Seth dan bangkit kembali setelah Isis (Isteri Osiris) menjumpai mumia Osiris. Tetapi hubungan antara Tamadun Mesir Purba dan Kaum Mayan masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik sehingga ke hari ini.

Kaum Mayan merupakan kaum yang terawal yang menerokai kajian astronomi sehingga berjaya mengukur dan mengira kiraan hari yang lebih tepat berbanding kita pada hari ini. Terdapat satu penemuan mengatakan kalendar kaum Mayan mengatakan terdapat 356.2425 hari untuk satu tahun, bahkan lebih tepat kiraan tersebut berbanding kiraan kalendar Gregor yang digunakan oleh kita sekarang iaitu satu tahun mengandungi 365.2420 hari. Lebih mengejutkan lagi, kaum Mayan pada masa itu juga sudah mempunyai kalendar hari dan tahunan bagi Planet Venus yang digelar Noh Ek  atau ia juga digelar sebagai ” bintang pagi yang besar”. Kecanggihan kaum ini dalam bidang astronomi mengatasi sains moden pada hari ini dimana para saintis tidak mengetahui secara tepat kiraan tahun planet Venus sehingga satu penemuan baru pada tahun 1980.

Part yang paling menarik dan tak masuk akal tentang kaum Mayan ini adalah pertalian dan hubungan dengan freemason. Pasti ramai cakap tidak masuk akal kerana tamadun Mayan telah wujud lebih 1200 tahun yang lepas. Kajian hubungan kaum Mayan dan Freemason telah dijalan oleh Augustus LaPlongeon untuk mencari persamaan kepercayaan Kaum Mayan dan Freemason. Pada 1886, dalam bukunya yang bertajuk ” Sacred Mysteries Among The Mayas And Quinches” mengatakan bahawa ritual dan perayaan di dalam Kuil Mayan, Xilbaba, Nachann dan beberapa tempat di Amerika Tengah mempunyai persamaan, selain dari ukiran dan simbol pada istana dan kuil, dimana ia menyerupai  antara tamadun Mesir, Greece, Chaldea dan India.

Orait, sampai di sini sahaja kupasan kami tentang kaum Mayan walaupun tidak seberapa lengkap, moga-moga dapat menambah pengetahuan korang semua!

Nota kaki: ” Freemason dikatakan wujud semasa zaman pemerintahan firaun dimana ia diwujudkan untuk menjaga susur galur firaun dan bangsawan-bangsawan mereka. Jadi ia tidak mustahil sekiranya ia kewujudan freemason dalam setiap tamadun besar ”

Sumber:

  1. Chris Relitz(2012), Antichrist Osiris: the History of the Luciferian Conspiracy (First Printing), Zondervan Publishing House, Saskatchewan, Canada

 

 

 

Leave a Comment