Post 5: 5 perkara yang tak logik Pablo belanjakan kekayaannya
Post kali ini kami nak kongsikan bagaimana Pablo belanjakan kekayaanya semasa hidup. Kalau korang nak tahu apa kartel millionaire ini buat dengan duit-duitnya, teruskan membaca ya!
Sebelum tu, kalau korang nak tahu kaya tak kayanya Pablo Escobar, semasa berada di kemuncak aktiviti penyeludupannya, beliau membuat keuntungan sebanyak 420 billion dolar seminggu! Bukan ratus ribu, bukan juta, ini terus cerita billion guys! Dalam masa seminggu, boleh dikatakan berguni-guni duit tunai yang sampai kat Pablo. Sebab terlampau kaya Pablo sendiri tak dapat nak kawal duit tunai yang ada kat tangan beliau. Jadi kat mana semua duit-duit itu dibelanjakan oleh Pablo?
- Dikatakan setiap tahun Pablo akan kerugian sebanyak 2.1 billion dolar kerana duitnya dimakan oleh tikus
Kalau korang nak tahu, duit hasil kegiatan haram Pablo tidak dapat disimpan dalam bank. Of course lah, kalau tak mesti kantoi kan? Jadi, semua duit tunai yang dimiliki oleh beliau disimpan dalam satu gudang. Dianggarkan sebanyak 2.1 billion setiap tahun kerugian yang ditanggung oleh beliau kerana duit itu dirosakkan oleh tikus-tikus yang bersarang dalam gudang tersebut. Tapi disebabkan terlampau kaya, Pablo tak ambil port pun tentang masalah tikus tu.
- Menyeludup badak kedalam zoo persendiriannya
Kalau dah kaya, bukan setakat K di seludup, badak pun pernah diseludup oleh Pablo untuk kepuasan hatinya. Untuk pengetahuan korang, semasa berada di puncak penguasaan Pablo,pada tahun 80an , beliau telah membina sebuah rumah di Hacienda, Napoles. Dengan kekayaan yang melampau, beliau telah membina zoo untuk keluarganya sendiri dan zoo ini juga dibuka untuk orang awam datang melawat. Kalau korang nak tahu, bukan setakat badak yang diseludup oleh Pablo, haiwan seperti gajah, zirafah dan pelbagai haiwan exotic telah diseludup untuk zoonya.
Pada akhir tahun zaman 90, dizaman kejatuhan Pablo, rumahnya di Napoles telah disita oleh pihak berkuasa dan dibiarkan begitu sahaja. Selepas beberapa tahun rumah dan zoonya dibiarkan, ia mula menjadi ancaman kepada penduduk tempatan kerana badak yang pernah diseludup oleh Pablo mula membiak dan mengancam penduduk setempat.
- Perbelanjaan membeli getah untuk mengikat semua wangnnya melebihi gaji tahunan kalian!
Part ni paling seronok kami nak ceritakan tentang Pablo. Untuk pengetahuan korang, perbelanjaan Pablo setiap tahun bagi membeli getah untuk mengikat duit-duit beliau dianggarkan sebanyak 67200 setiap tahun. Bukan main-main guys! Kalau getah yang dibelinya setiap tahun pun dah mencecah hampir 67k, korang bayangkan berapa banyak duit yang dia ada untuk diikat. Betul-betul kaya!
- Membakar duit 2 million!
Semasa hidup dalam pelarian, beliau dikatakan pernah membakar wang tunainya sebanyak 2 million kerana pada masa itu cuaca sejuk. Duit-duit itu dibakar bagi menghasilkan haba untuk memanaskan badan anak perempuannya. Patutlah semasa kematiannya, hampir kesemua duit tunainya sudah dihabiskan. Peninggalannya kepada keluarganya selepas kematian Pablo adalah ladang-ladang, hartanah dan karya seni.
- Pablo pernah melaburkan wangnya kepada kelab bola
Untuk pengetahuan korang, Pablo merupakan seorang peminat bola fanatik! Beliau pernah melabur secara besar-besaran untuk kelab Atlentico Nacional. Dia menggunakan duit yang dilaburnya untuk mencari pemain-pemain handal bagi membolehkan kelab ni menjuarai pertandingan bola Amerika Selatan.
Kelab ini menghadapi kejatuhan selepas pesaing kelab ini telah merasuah pengadil bagi mengalahkan kelab dibawah penguasaan Pablo. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Pablo telah mengarahkan kuncu-kuncunya untuk membunuh pengadil perlawanan tersebut. Kelab ini telah terkubur selepas kematiaan Pablo kerana tiada lagi sumber keewangan bagi membantu kelab ini.
Orait guys! Sampai disini sahaja perkongsian kami pada hari ini.
Jangan lupa share ya guys!
Kalau korang kaya macam Pablo, apa yang korang akan buat?