Fri. Sep 23rd, 2022

Post 7: “El Osito” , anak beruang

Untuk pengetahuan korang, selepas kematian Pablo Escobar, ramai menganggap legasi kelurga Escobar turut terkubur. Media pada waktu itu hanya menfokuskan kepada cartel terkenal itu sahaja. Jom kita kenali siapakah Roberto Escobar. Bermula dengan kehidupan awal, keluarga Escobr merupakan keluarga yang kurang bernasib baik, beliau dilahirkan di kandang lembu di bandar Rionegro, Columbia pada tahun 1947, manakala adiknya Pablo Escobar dilahirkan dua tahun selepas kelahirannya pada ahun 1949. Membesar seperti anak-anak biasa, beliau bertanggungjawab membantu bapanya di ladang kecil sebelum haiwan ternakan keluarganya diserang penyakit. Rentetan peristiwa itu, keluarga Escobar terpaksa mengishtiharkan muflis kerana kegagalan dalam membendung masalah ternakan mereka.

Kejayaan Escobar semasa kegemilangannya dikaitakan dengan Permaisuri kartel pada masa itu, iaitu Griselda Blanco, dimana Pablo pada masa itu merupakan anak didik beliau yang paling setia. Semasa empayar Pablo Escobar dibina, Robeto Escobar merupakan orang kanan yang menguruskan kewangan bagi kartel Madelin. Beliau bertanggungjawab sebagai akauntan menguruskan perniagaan haram Pablo Escobar. Kekayaan kartel ini dalam bentuk tunai sehingga mereka terpaksa membelanjakan sebanyak 67000 setahun bagi membeli getah untuk mengikat wang tunai dan segala bentuk resit agar tersusun rapi. Ia menjadi tanggungjawab Roberto pada masa itu untuk memastikan semua dikawal selia dengan rapi bagi memudakan urusan mereka. Tugas ini bukan seperti akauntan biasa kerana ia memerlukan kreativiti untuk menyimpan jumlah tunai yang besar.

Dalam satu wawancara, Roberto pernah menyatakan bahawa masalah paling besar bagi kartel ini adalah untuk menyimpan kesemua duit tunai yang mereka miliki. Kadang-kala mereka terpaksa menanam atau menyimpan wang tersebut didalam tanah. Setiap tahun dianggar 10% daripada keuntungan kartel itu dikira kerugian memandangkan kerosakkan yang berlaku semasa penyimpanan wang tersebut.

Selepas kejatuhan Pablo Escobar, Roberto telah menyerah diri kepada pihak berkuasa pada tahun 1993. Beliau telah dipenjarakan selama 14 tahun. Semasa menjalani hukuman penjara, Roberto telah cuba dibunuh dimana sepucuk surat yang berisi dengan bom telah dihantarkan kepada beliau. Hasil daripada letupan itu menyebabkan Roberto pekak dan buta sebahagian mata dan telinganya. Walaupun kejatuhan kartel Madelin pada masa itu menyebabkan Roberto kehilangan sumber kewangan, beliau berjaya mencari jalan untuk membuat keuntungan melalui kejatuhan Pablo Escobar. Selepas beliau dibebaskan, beliau telah bekerjasama dengan kartel-kartel yang wujud di Columbia pada masa itu sebagai akauntan.

Pada tahun 2014, Roberto telah mewujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Escbar Inc. Untuk melesenkan dan menguruskan syarikat itu, ia memakan jutaan ringgit. Pada 2016, Roberto telah memfailkan tuntutan keuntungan kepada Netflix selepas syarikat Netflix berjaya meraih keuntungan melalui cerita Narcos yang menggunakan Pablo Escobar sebagai jalan cerita. Selain itu, beliau juga telah memenangi saman hampir 3 million keatas Apple dan Elon Musk (Pemilik Tesla) .

Untuk pengetahuan semua, Escobar Inc bukanlah syarikat yang berniaga barangan haram seperti dijalankan oleh Pablo Escobar. Ianya sebuah syarikat yang pada awalnya untuk menuntut hak harta intelek keatas dirinya dan Pablo Escobar. Selain itu, syarikat ini juga menjalankan perniagaan cryptocurrency pada tahun 2018. Pada tahun 2018 juga, Escobar Inc telah memohon lesen bagi memperdagangkan serta menyediakan ladang bagi Maryjane dibawah seliaan kerajaan negara Canada.

Pada tahun 2019, Escobar Inc telah membuat petisyen serta mengutip dana bagi menjatuhkan Donal Trump. Selepas kutipan mencecah 10 million, laman sesawang bagi mengumpul dana tersebut telah ditutup oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana ia bakal menggugat pemerintahan kerajaan Donald Trump. Pada July 2019, Escobar Inc telah melancarkan produk pertama mereka flamthrower (pembakar) dimana jualan produk ini mula merosot selepas Elon Musk menciplak hak reka cipta flamthrower ini.

 

Pada December 2019, Escobar Inc sekali lagi mengejutkan pasaran dunia dengan mengeluarkan telefon mudah alih yang boleh dilipat dibawah jenama Escobar. Ia mula dijual diseluruh dunia pada tahun ini dengan harga 349usd.

 

 

 

Orait guys! Sampai disini sahaja kupasan kami mengenai Escobar Inc dan legasi Pablo Escobar

Jangan lupa share ya guys!

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *