Sat. Sep 24th, 2022

Post 8: Simpsons meramal atau perancang masa hadapan?

Kali ini, kami nak menceritakan tentang satu animasi kartun yang telah lama disiarkan dan masih disiarkan lagi pada hari ini. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2019, kartun ini telah mencecah usia 30 tahun. Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita pergi pada history animasi kartun ni. Pada awalnya, Simsons merupakan sebuah komik yang dilakarkan oleh kartunis  bernama Matt Groening. Selepas beberapa ketika, Matt mendapat panggilan dan tawaran James L Brook untuk menganimasikan komik tersebut.

Pada 17 December 1987, animasi Simpson disiarkan sepenuhnya oleh Fox dimana episod pertamanya adalah “Simpsons roasting on An Open Fire” . Kartun ini diinspirasikan pada kehidupan sebenar Matt Groening, dimana watak Homer Simpsons dan Merge Simpsons menggunakan nama sebenar ibu dan bapanya. Matt membesar di Portland, dimana terdapat bandar yang berdekatan dengan bandar Springfield.

So, balik kepada kepada topik asal, adakah kartun Simpsons ini boleh meramal masa hadapan atau perancang yang cuba memberitahu kepada orang ramai apa yang bakal dilakukan pada masa hadapan?

  • The weirdest prediction (11 September 2011)

Kejadian 11 September 2011 telah diramalkan berlaku pada satu babak dalam cerita Simpson pada tahun 1997.  Ia disiarkan dalam bentuk analogi dimana terdapat satu majalah yang dilukis menunjukkan harga 9 dollar, dan 2 menara berkembar berbentuk nombor 11. Simbol menara itu juga merujuk kepada Menara World Trade yang telah musnah sepenuhnya dalam kejadian 11 September 2011.

  • Super bowl XXVI, XXVII, and XXVIII (Season 3, Episode 14: “Lisa the greek”)

Episod ini pada mulanya disiarkan pada tahun 1992, dimana ia menceritakan salah satu watak dalam animasi Simpson, iaitu Lisa mula meminati sukan dan perjudian. Pada masa itu, Lisa dengan secara tidak sengaja terjumpa cara untuk meramalkan pasukan yang bakal memenangi pertandingan NFL. Selepas tiga hari episod itu disiarkan, Washington telah memenangi kejuaraan NFL dengan mengalahkan Buffalo pada tahun pertama 1992.

Pada tahun 1993 dan 1994, episod itu itu diperbaharui dengan memasukkan sekali pasukan-pasukan baru yang wujud pada masa itu. Pada tahun 1993, Lisa telah memilih kumpulan Dallas dan Buffalo untuk memenangi NFL. Pada tahun 1993 itu sendiri menyaksikan Dallas memenangi Super Bowl bagi tahun 1993 dan seterusnya pada tahun 1994, Buffalo memenangi Super Bowl NFL. Semua rancangan itu disiarkan sebelum siri akhir NFL berlansung. Ramalan yang tepat untuk tiga tahun berturut-turut!

  • The Gray Area (Season 10, Episode 5: “When you dish upon star”)

Pada tahun 1998, terdapat episod di dalam animasi Simpsons memaparkan bahawa Century Fox akan diambil alih oleh Disney. Pada tahun 2017, ramalan itu sama sekali tidak meleset selepas Century Fox mengalami kerugian yang berlanjutan, Disney mula mengambil alih Century Fox dengan kadar pegangan 30%. Apa yang menarik mengenai perkara ini? Ianya telah pun di ramal oleh animasi ini dimana ia ditayangkan pada 8 November 1998.

  • The explainable (Season 11, Episode 17: Bart to the future)

Pada tahun 2000, dimana terdapat satu babak Lisa menjadi President  wanita pertama bagi negara Amerika Syarikat , Lisa menyatakan bahawa mereka mendapat bantuan dana oleh President Donald Trump.

  • Ebola outbreak (Season 9, Episode 3: Lisa’s sax)

Pada episod yang ditayangkan pada tahun 1990, terdapat satu babak dimana Merge (isteri Homer), membaca majalah mengenai Curious George dan Ebola Virus. Untuk pengetahuan semua, Ebola virus telah ditemui pada tahun 1976, dimana wabak pertama telah berlaku secara besar-besaran pada tahun yang sama. Pada tahun 2014 dan 2015 terjadi satu insiden jangkitan wabak Ebola secara besar-besaran setelah sekian lama ia dineutralize kan.

Terdapat banyak lagi ramalan yang dikeluarkan oleh animasi Simpsons, termasuk smart watch pada tahun 1995, fungsi autocorrect pada tahun 1994, fungsi panggilan video pada tahun 1995 dan lain lain lagi.

Alright guys, setakat ini sahaja kupasan kami untuk post kali ini.

Macam biasa, jangan lupa lontarkan komen dan share ya guys!

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *