Sat. Sep 24th, 2022

Post 16: Kematian ” The Voice of Genaration “, Kurt Cobain 

Kurt Cobain, ataupun nama sebenarnya Kurt Donald Cobain telah dilahirkan pada 20 Februari 1967 di Aberdeen, Washington. Beliau meninggal dunia dalam satu tragedi dimana beliau telah menamatkan riwatnya dengan menembak dirinya sendiri di bahagian kepala pada 5 April 1994 di kediamannya. Terkenal sebagai pemuzik yang menjadi idola dalam kalangan remaja pada waktu itu melalui kumpulan Nirvana.

Pada usia remajanya beliau dikenali sebagai remaja yang bermasalah kerana latar belakang keluarganya yang agak kucar-kacir. Ibu dan bapanya telah berpisah semenjak beliau berumur 9 tahun. Pada usia remajanya, beliau banyak menghabiskan masa dengan hidup berpindah randah. Untuk pengetahuan semua, pada waktu itu, hidupnya agak tidak terurus dimana beliau pernah menjadi homeless dan tidur di bawah jambatan. Perkara ini yang menyebabkan beliau mula terjebak dengan masalah sosial yang lebih berat seperti masalah ketagihan dadah dan vandalism. Muzik telah banyak mengubah hidupnya, dimana muzik menjadi saluran untuk dirinya mengekspresi kemarahan, kebencian dengan cara yang lebih baik. Pada tahun 1987 Nivana telah dilahirkan dengan menggabungkan Kurt Cobain sebagai penyanyi dan pemain guitar, Krist Novolselic sebagai pemain bass dan Chad Channing sebagai pemain drum.

Kematian Kurt Cobain pada tahun 1994 telah menimbulkan banyak keraguan dalam kalangan peminatnya. Terdapat pelbagai teori yang telah dibahaskan mengenai kematian Kurt Cobain. Antara teori yang ingin kami kongsikan adalah:

  • Cap jari pada senapang yang digunakan

Mengikut rekod siasatan, tiada kesan cap jari yang dapat dikesan keatas senapang jenis shotgun yang digunakan oleh Kurt semasa membunuh diri. Lebih menghairankan, ianyanya juga tidak dapat dikesan pada peluru yang diisi oleh Kurt. Pada masa mayat Kurt dijumpai, beliau didapati tidak memakai sarung tangan, dan senjata tersebut berada di atas dadanya. Selain itu, tiada bahan ledakan yang dijumpai pada mayat tersebut. Dalam kajian forensik, kebiasannya bahan ledakan dapat dijumpai pada kawasan anggota badan manusia yang melepaskan tembakkan dan persekitaran tersebut.

  • Kadar bahan terlarang yang tinggi dalam badan

Perkara ini menjadi perbahasan dalam kalangan peminat, penyiasat, wartawan dan badan-badan yang berkaitan yang berminat untuk merungkai teori kematian penyanyi terkenal ini. Kadar kandungan bahan terlarang di dalam tubuh Kurt pada waktu itu dianggap tinggi. Sesetengah pakar mengatakan, dengan kadar yang tinggi seperti itu, agak mustahil untuk mayat hidup sepertinya menarik picu. Malah untuk menguruskan hidupnya sendiri pun sudah pasti tidak mampu.

Pakar toxicology dari Canada yang bernama Roger Lewis mengatakan Kurt telah diberi bahan terlarang dengan niat untuk mematikannya. Ramai yang mencabar teori tersebut dan salah seorangnya beranama Dr Colin Brewer.

  • Nota bunuh diri dengan penulisan yang terancang

Semasa kematian Kurt, terdapat satu nota yang dijumpai ditempat kejadian. Ianya ditulis dengan baik. Ramai yang membahaskan mengenai nota bunuh diri tersebut kerana tiada perkataan atau niat ingin membunuh diri didalam nota tersebut. Kandungan nota itu lebih kepada mengekspresi kecintaannya terhadap muzik. Tetapi beliau ada mengatakan bahawa beliau telah hilang minat untuk membuat persembahan. Hanya pada 4 line terakhir pada nota tersebut terdapat penulisan yang menyatakan beliau ingin membunuh diri. Ramai yang menyangkal penulisan itu bahawa penulisan itu adalah nota yang memberi indikasi untuk membunuh diri. Kebanyakkan pakar yang memeriksa nota tersebut mengatakan bahawa ianya adalah surat untuk Kurt menarik diri dalam bidang muzik, dan meninggalkan band yang telah dicipta olehnya.

Apa yang lebih menarik, ramai yang menyatakan bahawa empat baris terakhir pada nota tersebut telah ditulis oleh orang lain kerana tulisan itu agak berbeza dengan keseleruhan nota yang telah ditulis.

  • Penggunaan Kad Kredit Kurt

Setelah kematiannya, pada 5 April, dan penemuan mayatnya pada 8 April, terdapat rekod transaksi kad kredit Kurt Cobain telah dicatatkan pada 6 April. Mengikut pakar yang mengkaji perkara ini, ia menyatakn bahawa kad tersebut telah digunakan setelah Kurt mati. Sesetengah mengatakan ianya adalah rekod yang dicatatkan setelah transaksi itu berjaya bukan pada masa ianya digunakan.

Selain itu, terdapat beberapa perkara pelik dijumpai di tempat kejadian seperti puntung rokok berlainan jenama seperti yang selalu digunakan oleh Kurt. Apa yang menjadi misteri adalah, sehingga sekarang polis masih tidak dapat mengesan orang yang telah berjumpa dengan Kurt sebelum kematiaannya.

Alright guys, sampai di sini sahaja kupasan kami pada post kali ini. Masih terdapat pelbagai teori yang telah menjadi bualan para peminat Kurt Cobain mengenai kematiaan, tetapi kami hanya memilih beberapa point yang relevant sahaja.

Seperti biasa guys, jangan lupa lontarkan pandangan dan share ya

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *