Tue. May 10th, 2022

Post 19: ” Terdapat risiko dan kebarangkalian dalam setiap tindakkan” , John F.Kennedy

Topik hari ini yang kami nak kupaskan untuk anda semua adalah mengenai John F.Kennedy. Bagi korang yang dah baca Post ke-18 kami yang lepas, mesti ada perasankan yang kami mention nama ini. Untuk pengetahuan semua, John Fitzgerald Kennedy, atau lebih dikenali sebagai JFK atau Jack merupakan ahli politik Amerika Syarikat yang telah diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 pada tahun 1961. Beliau mula berkhidmat sebagai President pada Januari 1961 hinggalah ke saat akhir dia dibunuh pada November 1963. Pada era pemerintahan Kennedy, beliau lebih terlibat dengan Perang Dingin yang berlaku di negara Amerika Syarikat, Soviet Union dan Cuba. Kennedy mewakili Massachusetts sebagai Senat sebelum dilantik menjadi President Amerika.

Pembunuhan John F.Kennedy

Perarakan JFK yang terakhir sebelum dibunuh

Untuk pengetahuan semua, John F.Kennedy telah ditembak semasa perarakan bermotor di Dalas Texas pada 22 Novmber 1963. Penembak John F.Kennedy dikenali sebagai Lee Harvey Oswald, merupakan bekas askar  Marine US. Beliau merupakan pendokong penuh idealogi Karl Max, atau ia juga dipanggil Marxism. Walaubagaimanapun, Oswald telah dibunuh semasa dalam pemindahan tahanan dimana beliau telah ditembak oleh Jack Ruby di Dallas.

Saat Jack Ruby menembak Oswald 

Plot pembunuhan Kennedy adalah pembunuhan terancang yang dirancang oleh kerajaan US?

Pada tahun 2017 menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan Amerika Syarikat, dimana Donald Trump telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 pada 20 Januari 2017. Setelah sekian lama, khabar angin yang bertebaran mengenai pembunuhan Presiden John F.Kennedy berlegar di ruang media sosial, akhbar-akhbar dan buku, sekali lagi Amerika Syarikat digegarkan, dimana Trump memutuskan untuk membuka secara umum untuk bacaan kepada rakyatnya mengenai kes ini. Mengikut pengkaji kes ini,  terdapat 42 kumpulan, 84 pembunuh upahan dan 214 nama yang terlibat secara lansung untuk pembunuhan JFK telah dicatatkan didalam dokumen siasatan JFK.

President Trump telah mengumumkan 2800 file rahsia dari awal sehingga akhir siasatan dijalankan yang disediakan oleh National Archives. Enam bulan kemudian, ribuan kertas siasatan yang sensitif mengenai kes ini telah diumumkan untuk tatapan awam selepas beliau mendapat tekanan dari CIA,FBI dan beberapa agensi yang lain.

Keputusan Trump untuk membuka kes ini kepada umum telah mengejutkan ramai ahli sejarah dan pakar teori konspirasi dimana file ini mengandungi pelbagai maklumat mengenai plot perancangan pembunuhan JFK dan maklumat risikan. Antara teori konspirasi yang menarik untuk kami kongsikan adalah:

Teori 1: Lebih dari seorang penembak

Sebagaimana yang kita tahu, penembak yang menembak President JFK pada itu adalah Lee Harvey Oswald.  Seminggu selepas kematian Kennedy, Presiden  Lyndon B, yang baru sahaja mengangkat sumpah pada waktu itu mengarahkan agar kerajaan menubuhkan badan siasatan untuk menyiasat kejadian pembunuhan ini. Badan siasatan ini dinamakan sebagai Commison on the Assasination of President Kennedy. 10 bulan selepas penubuhan pasukan penyiasat ini, terdapat penemuan yang mengatakan bahawa pembunuhan ini bukan dilakukan oleh Oswald seorang.

Pada tahun 1967, peristiwa Watergate telah mengoncang kepercayaan rakyat Amerika terhadap kerajaan Amerika Syarikat. Skandal watergate telah berlaku pada tahun 1972 sehingga 1974 dimana skandal ini melibat President Richard Nixon yang cuba menutup kegiatan jenayahnya.  Selain itu, tayangan film Zapruder yang menayangkan kejadian sebenar yang berlaku ketika itu telah menekan kerajaan Amerika agar siasatan dijalankan kembali diatas pembunuhan terancang JFK dan Martin Luther King Jr pada tahun 1968.

Akhirnya, mereka menyimpulkan, setelah siasatan dilakukan, tiada bukti yang mengataka Soviet, Cuban CIA yang terlibat didalam pembunuhan JFK, tetapi terdapat kemungkinan bahawa lebih dari seorang penembak yang melepaskan tembakan kepada JFK pada waktu itu.  Setelah beberapa tahun kenyataan ini dikeluarkan, teori ini ditolak setelah ianya disiasat kembali menggunakan teknologi yang lebih moden.

Teori 2: Lelaki berpayung
Antara teori yang menjadi bualan hangat adalah “lelaki berpayung yang melepaskan tembakan”. Teori ini tercetus apabila terdapat klip video memaparkan lelaki berpayung hitam berada di tempat kejadian. Sesetengah pengkaji mengeluarkan spekulasi mengatakan bahawa lelaki berpayung ini menyuntik sejenis ubat bagi melumpuhkan JFK dan memberi peluang kepada penembak untuk menembak JFK.
Tetapi teori ini juga ditolak kerana pada tahun 1978, 15 tahun selepas kejadian ini terjadi, Louie Steven Witt, lelaki yang membawa payung hitam itu membuat pendedahan kepada umum bahawa dia adalah lelaki yang berpayung didalam video tersebut. Tujuan dia membawa hitam pada itu adalah untuk mempersendakan kempen JFK. Ia menyatakan bahawa payung hitam itu adalah simbolik kepada “tunduknya kerjaan British kepada Nazi dengan menawakan kontrak keamanan dimana JFK adalah penyokong Menteri yang terlibat pada waktu itu “.
” Saya tidak sangka bahawa keberadaan saya disana menjadi perhatian ramai dalam kes pembunuhan JFK” , ujar Louie.

Teori 3: Konspirasi dalaman 

Ramai rakyat Amerika mempercayai bahawa terdapat unsur  dalaman yang melibatkan pembunuhan JFK. Antara andaian yang dibuat adalah, pemandu JFK sendiri yang melepaskan tembakan dan tersasar dalam cubaan membalas serangan Oswald.

Selain itu, ia juga dikatakan, pembunuhan JFK adalah sebagai satu langkah untuk mempercepatkan kedudukan President  diganti oleh pengganti yang dipersetujui oleh “sistem”.

Teori 4: Cuban dan Soviets

Era pemerintahan JFK adalah dimana perang dingin telah berlaku antara AS, Cuba dan Soviet.  Wartawan Washington Post, Ian Shapira mengatakan ia percaya, 3100 file yang belum dibuka kepada kepada umum adalah berkaitan dengan perjalanan Oswald ke Mexico selama enam hari, iaitu dua bulan sebelum pembunuhan ini terjadi. Ramai yang mempercayai bahawa Oswald menerima arahan daripada Soviet atau Agent dari Cuba semasa berada di Bandar Mexico. Oswald telah berpindah ke Soviet Union pada tahun 1959. Beliau menghabiskan masa disana selama dua tahun setengah sebelum kembali ke tanah airnya. Pada September 1963, beliau telah ke bandar Mexico, dalam lawatan tersebut, beliau juga telah melawat kedutaan Cuba dan Soviet Union bagi memohon untuk berpindah ke salah sebuah negara komunis tersebut.

Semasa lawatan Oswald ke bandar Mexico, Oswald telah didapati menghubungi perisik daripada negara Soviet, iaitu Valeriy Kostikov. Valeriy merupakan salah seorang anggota KGB ( Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti) Department ke 13, yang mana CIA mempercayai bahawa unit itu ditubuhkan khas untuk melakukan kerja-kerja pembunuhan terancang dan sabotaj. Melalui teori ini, ia juga dikatakan CIA mengetahui bahawa Oswald mendapat arahan untuk membunuh Kennedy, tetapi mereka membiarkan atas alasan untuk membersihkan jalan bagi menukar president baharu.

Selain itu, terdapat juga mengatakan  semasa Oswald berpindah ke Soviet Union, terdapat askar KGB yang mempunyai paras rupa yang sama seperti Oswald. Dimana clone Oswald dihantar untuk membunuh JFK.

Teori 4: Organisasi Gelap

Pada hari kematian JFK, Robbert Kennedy berpendapat bahawa tindakkannya telah menyebabkan abangnya menerima padah dimana Robert telah cuba memusnahkan kegiatan kongsi gelap dan membunuh Castro semasa pemerintahan JFK.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai JFK.

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya. Post ini adalah sambungan bagi post ke-17

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *