Progam Penghapusan Manusia

Post 2: Program menghapuskan manusia dan tinggalkan manusia elit sahaja di bumi ini.

Topik kali ini, agak panas, tak masuk akal, dan macam orang yang terpengaruh dvd yang bercakap.

Kehidupan umat manusia pada hari ini semakin hari semakin bertambah. Kepadatan didunia dapat dilihat secara mata kasar tanpa perlu mengira atau mengkaji statistik populasi manusia. Tapi, pernahkan kita terfikir, seramai mana bumi ini mampu menampung kehidupan manusia? Mengikut kajian sains yang dijalankan, bumi ini mampu menampung 9 hingga ke 10 billion populasi manusia. Mengikut pengkaji dari Universiti Harvard, ” Edward O’ Wilson”, seorang pengkaji yang pakar dalam bidang sociobiologi mengatakan, angka populasi manusia yang mampu ditampung oleh bumi berdasarkan pengiraan sumber semulajadi yang masih wujud di bumi ini. Hal ini telah dibincang panjang di dalam bukunya yang bertajuk “The Future of Life” (Knopf, 2002), “The constraints of the biosphere are fixed.”.

Pertanyaan utama, berapakah populasi manusia sekarang yang wujud pada tahun 2019?  Kadar populasi didunia pada hari ini hampir mencecah angka 7.8 billion, dan dikatakan akan terus meningkat sehingga 8 billion pada 2023 oleh United Nation manakala sesetengah sumber mengatakan ia akan mencecah angka 8 billion pada 2026 oleh (U.S Census Bureau).

Peningkatan umat manusia didalam bumi ini terus memberi isyarat kecemasan kepada golongan-golongan elit. Hal ini demikian, mereka merasakan mereka berhak melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini bagi menjaga kepentingan dan keselesaan mereka di bumi ini.

Jadi bagaimana cara mereka untuk mengurangkan jumlah pertambahan manusia di muka bumi ini?

Pengawalan populasi melalui pendidikan adalah langkah yang paling utama diperkenalkan. Ia bagaikan jarum halus digunakan tanpa kita sedari. Sebagaimana United Nation telah meramalkan bahawa pertambahan populasi manusia dari 7 billion hinnga ke 11 billon pada tahun 2100 telah meleset sama sekali. Hal ini demikian kerana, penurunan populasi manusia telah bermula di seluruh dunia, termasuk di negara-negara yang kaya seperti Jepun, Korea, Spain, Italy. Mengikut petikan dari Menteri Kesihatan Italy, Beatrice Lorenzin, ” kami adalah negara yang mati kerana dipenuhi warga usia”. Lebih mengejutkan, negara-negara yang pesat membangun seperti China juga turut mengamalkan polisi pengurangan penduduk. Populasi penduduk China mencatatkan penurunan mendadak dalam beberapa tahun ini. Selain pengawalan populasi melalui pendidikan, kadar kesuburan manusia juga dicatat semakin menurun. Penurun ini memberi indikasi jelas, dengan contoh, anak yang lahir pada hari ini, akan membesar dengan persekitaran yang berbeza seperti kita pada masa lalu. Mereka akan mendapati persekitaran yang lebih maju, kurang jenayah tetapi dikelilingi oleh warga usia. Kadar pengangguran mungkin berkurangan, hakikatnya mereka terpaksa membayar cukai yang tinggi bagi menampung keperluan kerajaan untuk  kebajikan warga usia seperti pencen dan kebajikan kesihatan di bawah program kerajaan untuk warga usia. Di Jepun pada hari ini, mereka terpaksa berusaha keras untuk mengembangkan ekonomi negara mereka kerana kekurangan tenaga muda. Negara Canada, mereka terpaksa mengimport dan menerima masuk pelarian bagi menambah angka penduduk di negara tersebut.

” Kita berada pada era yang hampir dengan transformasi global. Apa yang kami perlukan adalah krisis utama untuk memaksa dunia menerima satu pemerintahan baru (New World Order)” , petikan dari David Rockfeller pada tahun 1994 di National Business Council USA. Dinasti Rockefeller merupakan salah satu dinasti yang tidak pernah berputus asa dalam  melaburkan wang untuk kajian genetik semenjak abad ke-20. Ketaksuban mereka dalam kajian ini demi mencapai misi sebagai master race, atau ketua bangsa manusia. Ideaologi ini juga dikatakan diambil semasa pemerintahan Nazi dimana Program Eugenic (eugenic bermaksud kajian sains untuk meningkatkan populasi manusia dengan mengawal pembiakkan untuk mendapat karakter dan kebolehan yang diperlukan sahaja) telah dijalankan dan mendapatkan sumber kewangan melalui dinasti Rockfeller. Kejadian Holocoust di German semasa pemerintahan Nazi tidak akan merebak seperti kanser sekiranya mereka tidak mendapat suntikan dana kewangan dari mana-mana pihak. Walaupun setelah pemerintahan Nazi berakhir, kejadian ini tetap diteruskan dan mereka percaya dengan pendidikan melalui program mengurangkan populasi manusia dan bantuan media dapat membantu meneruskan pengawalan mereka di dunia ini. Pada 1930, Dinasti Rockfeller telah melaburkan wang untuk kajian bersama US Navy untuk mencari frekuensi yang sesuai bagi menyebabkan mereka yang mendengar frekuensi tersebut menjadi gila, emosi terganggu dan histeria seterusnya boleh menyebabkan pengakhiran yang buruk seperti bunuh diri dan pembunuhan beramai-ramai.

Pada tahun 2007, hak patent terhadap genes telah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Lebih 15000 gene telah dipatentkan oleh keluarga Rockfeller. Implikasi daripada perkara ini dapat dilihat pada masa ini dimana “penambahbaikkan” hanya boleh didapati oleh mereka yang mampu sahaja. Ini dapat membezakan mereka yang kaya dan tidak kaya dalam populasi manusia.

Pengenalan GMO pada makanan dalam dengan mengubah dan memasukkan sifat (trait) yang dikehendaki. Pada awalnya, pengenalan GMO bertujuan bagi membantu pengusaha makanan untuk mencapai permintaan pengguna dengan mengenalkan tumbuhan atau haiwan yang bebas dari penyakit atau serangga serta cepat membesar dengan modifikasi pada genetik tumbuhan dan haiwan terbabit. Melalui modifikasi ini, haiwan dan tumbuhan terbabit dapat dihasilkan dengan kadar yang optimum dan pengurangan penggunaan racun untuk perosak. Sebagai contoh, kandungan glycophospahte yang terdapat didalam makanan GMO, boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan menurunkan kadar kesuburan. Menurut pengkaji dari MIT, makanan GMO juga merupakan penyumpang utama kepada masalah autism dikalangan  kanak-kanak. Pengenalan makanan GMO bukanlah benda baru, ia bermula pada tahun 1901, dimana Syarikat Mosanto  telah menghasilkan produk pertama mereka iaitu saccharin (pemanis dalam makanan), dan dijual kepada pengusaha Coca-Cola. Apa yang menarik mengenai syarikat Mosanto adalah ia merupakan salah satu syarikat monopoli yang diterajui dan didana oleh Rockefeller. Mosanto merupakan antara syarikat yang dilaburkan oleh Rockefeller Foundation bagi menerajui kajian pengubahsuaian makanan sejak awal penubuhan syarikat ini.

Program Sterilization oleh WHO dan UNICEF dibawah bayangan program vaksinasi. Kejadian ini berlaku di Kenya semasa program vaksinasi tetanus. Mereka telah mencampurkan vaksin tetanus bersama agent sterilization (bertujuan untuk memandulkan penerima). Selain itu, Kenya bukan merupakan negara pertama telah diperlakukan begitu, mereka juga telah melancarkan program vaksinasi dengan agent tambahan ini dibandar-bandar maju secara rahsia tanpa pengetahuan umum. (Jangan salah faham, admin bukan antivaksin, sebab penulis sendiri pun membesar menggunakan vaksin).

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang belum kami kupaskan dalam buku yang kami baca. Cukup setakat ini sahajalah dulu perkongsian kami dalam post ini.

Adakah masa akan datang kita akan bergembira dengan kadar populasi manusia yang semakin menurun, atau kita terpaksa berusaha keras untuk meningkatkan kembali kadar populasi manusia?

Lontarkan pandangan dan pendapat anda.

Sumber:

1.  Natalie Wolchover, (October 11, 2011), How Many People Can Earth Support? Retrieved from https://www.livescience.com/16493-people-planet-earth-support.html

2. Darrell Bricker, John Ibbitson, (2019), Empty Planet: The Shock of Global Population Decline, Signal, Canada, Canada

3. Anthony K. Forwoo , (2011), They Would Be Gods, Lulu Publishing, North Carolina, USA

4. Mark Dice , (2009), The Illuminati: Facts & Fiction,The Resistance Publisher, San Diego, USA

5. Kamran Faqir, (2019), The Rise Of The Antichrist: The End Of Days Series: Book One, Troubador Publishing, Leicestershire, England

 

 

 

 

 

1 thought on “Progam Penghapusan Manusia”

Leave a Comment