Teori konspirasi mengenai kematian Bob Marley

Post 20: ” Tiada siapa yang mengubah pemikiran anda melainkan diri anda sendiri “, Bob Marley

Kata-kata akhir Bob Marley kepada anaknya Ziggy, duit tidak boleh membeli kehidupan. Hari ini kami akan kongsikan dengan rakan-rakan thenang mengenai konspirasi kematian Bob Marley yang berlegar-legar di ruangan media sosial. Sebelum kami pergi lebih lanjut, jom kita kenali dulu siapa Bob Marley. Robert Nesta Marley telah dilahirkan pada 6 Februari 1945 dan meninggal dunia pada 11 May 1981. Beliau merupakan seorang warganegara Jamaica. Dikenali ramai sebagai seorang penyanyi dan penulis, Bob boleh dianggap sebagai perintis kepada muzik bergenre reggae di mana karier muziknya banyak melibatkan element reggae, ska dan rocksteady. Sumbangan Bob terhadap industri muzik seluruh dunia menaikkan namanya sehingga dikenali ramai. Tidak lupa juga, beliau merupakan ikon Rastafari yang diidolakan oleh peminatnya seluruh dunia.

Selain itu, Bob juga terkenal dengan kontroversinya, dimana beliau selalu menyuarakan sokongan untuk legalisasi herb dan menggunakan herb sebagai lifestyle dan culture hidupnya. Pada tahun 1977, Bob telah disahkan menghidapi penyakit acral lentiginous melanoma, atau bahasa mudahnya kanser kulit. Pada tahun 1981, Bob telah meninggal dunia kesan dari penyakitnya.

Tanpa membuang masa, jom kami kongsikan, antara teori-teori Konspirasi Kematian Bob yang berlegar di ruangan media sosial pada hari ini.

1. CIA membunuh Bob Marley? – Kematian Bob Marley pada Mei 1981 dikatakan hasil daripada kecederaan ibu jari kaki Bob semasa perlawanan bola sepak. Sebagaimana yang ita tahu, Bob merupakan peminat tegar sukan bola sepak. Luka pada ibu jari kaki Bob kemudian bertukar menjadi malignant melanoma, dimana doktor telah menasihatinya agar proses pembedahan dijalankan bagi memotong ibu jari kakinya. Bob telah menolak pendapat doktor tersebut memandangkan ia akan memberi kesan kepada Bob untuk menari sekiranya jari kakinya di potong. Pengakhiran kejadian ini, luka tersebut telah menjadi parah dan berkembang menjadi kanser, dimana ia menjadi penyebab kepada kematian Bob. Walaupun analogi kematian Bob ini dianggap seperti penyakit biasa, dikatakan terdapat kejadian di luar tabir dimana penglibatan CIA dalam kematian Bob. Bob cukup terkenal dengan memberi mesej-mesej kedamaian pada lagunya. Perkara ini adalah bertentangan dengan “sistem” dan boleh memberi halangan kepada “sistem” yang ada di dunia ini. Dikatakan William Colby, telah menghadiahkan Bob dengan sepasang kasut dimana kasut tersebut telah diletakkan wayar halus tepat pada ibu jari kaki Bob. Wayar tersebut berbahankan kooper dan disaluti racun. Sesetengah mengatakan ia mengandungi senjata biologi dimana terdapat bacteria ataupun virus yang boleh mengaktifkan sel kanser. Teori ini dikeluarkan selepas hasil kegagalan CIA untuk membunurhBob Marley didalam satu serangan di rumah Bob sendiri, di Jamaica. Terdapat versi lain bagi teori ini, dimana seorang Agent CIA bernama Bill Oxley telah membunuh Bob dengan cara meracun Bob melalui kasut yang dihadiahkan kepadanya. Walaubagaimanapun, teori ini dikatakan palsu dan tiada fakta yang dapat menyokong kejadian ini.

 

2. Cubaan melenyapkan Bob pada tahun 1976 – Pada 3 Disember 1976, penyerang bersenjata telah menyerang Bob di kediamannya di Kingston. Kejadian ini dikatakan keterlibatan dan sokongan Bob secara terang terhadap PNP Jamaica (People National Party). Selain itu, terdapat juga mengatakan bahawa serangan ini berpunca dari rakan baik Bob Marley sendiri iaitu Skill Cole dimana beliau terjerat dengan hutang dan gagal melunaskan hutang tersebut. PNP telah menyediakan beberapa pengawal, bagi mengawal keselamatan Bob semasa keberadaan Bob di rumah. Pada hari tembakkan berlaku, dikatakan pengawal upahan Parti PNP didapati hilang. Ramai mengatakan bahawa parti ini adalah parti tikam belakang dimana ketidak sehaluan dengan Bob memaksa mereka merangka pelbagai cara untuk melenyapkan Bob hingga membawa kematiannya.

3.  Tiada siapa yang dapat membebaskan minda anda, kecuali diri anda sendiri – Kata-kata yang dipetik pada ucapan Bob pada satu temu bual jelas menunjukkan Bob menentang keras dengan Illuminati dan pengawalan minda seperti yang berlaku pada hari ini. Tindakkan Bob yang menentang keras agenda illuminati ini dikatakan salah satu punca kenapa Bob dilenyapkan didalam industri muzik pada hari ini.

4. Hidden hand didalam industri hiburan – Lagu I shoot the sheriff memberi mesej jelas dalam dimana ia menceritakan kisah pembunuhan sherif yang dituduh membunuh, dimana maksud asal lagu ini menentang rasuah dan ketidakadilan. Lagu ini telah memberi impak kepada industri hiburan seluruh dunia, dimana ia melonjakkan nama Bob ke pentas antarabangsa. Selain dari mesej-mesej keamanan, Bob juga dikenali sebagai pejuang yang memperjuangkan nasib mereka yang berkulit hitam. Dengan peningkatan pengikut Bob, ia memberi kesan yang sangat bahaya kepada “sistem” yang mendominant industri musik pada masa itu. Campur tangan hidden hand atau lebih dikenali sebagai illuminati telah berlaku bagi melenyapkan legasi Bob atas dasar menghalang agenda-agenda yang telah dirancang oleh mereka melalui industri hiburan

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Konspirasi Kematian Bob Marley

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Jangan lupa untuk support pre order kami yang ke-8 pada (15 Januari – 31 Januari 2020)!

Salam thenang.

Leave a Comment