5 Fakta gila mengenai Pablo Escobar

Post 4: Kegilaan yang dilakukan Pablo Escobar semasa kekuasaanya di Columbia

Escobar dilahirkan pada tahun 1949 di Antiqouia, Columbia. Ibunya merupakan seorang guru dan bapanya merupakan seorang petani. Semasa kecil dan bersekolah, Escobar pernah telibat dengan aktiviti mencuri dan menjual batu nisan kepada penyuludup. Beliau juga merupakan seorang pencuri kereta dan pernah melakukakn aktiviti penculikan. Selepas menjadi seorang yang tegar dalam melakukan jenayah kecil, Escobar mula menceburi perdagangan “K” dengan serius pada tahun 1970.

Antara 5 fakta gila yang kami nak kongsikan dengan korang semua pada hari ini adalah:

  • Beliau akan memberi bonus/ ganjaran kepada pembunuh upahannya sekiranya membunuh polis

Huru hara dan kekacauan di Columbia memberi kelebihan menjalankan aktiviti perniagaan haramnya. Untuk menghapuskan sistem kepolisian di negara tersebut merupakan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh Escobar, jadi dengan mengupah pembunuh upahan,¬† Escobar dapat mengalihkan perhatian pihak polis disana dengan masalah jenayah yang lain. Dikhabarkan, beliau memberi upah sebanyak 650 dengan setiap pembunuhan pihak berkuasa. Pada masa itu, dengan ekonomi negara Columbia yang tidak menentu, jumlah ganjaran yang disediakan merupakan salah satu ganjaran yang terbesar dapat dinikmati oleh pembunuh upahan disana. Pada tahun 1993, seramai 550 pihak berkuasa kehilangan nyawa. Pada tahun 1984, Jamie Ramirez Gomez, pegawai narkotik Columbia telah ditembak mati semasa memandu keretanya bersama keluarga. Beliau merupakan salah seorang pegawai yang akan menjadi saksi dalam pertuduhan “Raja K” ini pada waktu itu.

  • Beliau pernah meletupkan pesawat komersial

Pada tahun 1989, Escobar pernah mengarahkan kuncu-kuncunya untuk memasang bomb pada sebuat pesawat komersial Avianca Flight 203 dan mengorbankan seramai 107 anak kapal. Kenapa pesawat ini diletupkan? Terdapat khabar angin yang dibawa kepada beliau bahawa didalam pesawat tersebut terdapat pesaing dan musuhnya. Dengan letupan ini, ia mencetuskan kemarahan pihak British dan kerajaan British mula campur tangan dalam menjatuhkan kekuasaan Escobar kerana dalam tragedi tersebut terdapat 2 orang warga British yang turut terkorban dalam letupan tersebut.

  • Beliau pernah mengarahkan kuncu-kuncunya memasang lebih 100 bom dalam masa satu bulan!

Kalau korang nak tahu, selepas kerajaan Columbia mula mengishtiharkan perang kepada kartel-kartel di Columbia, ia merupakan salah satu perang dalaman yang terbesar dan terburuk bagi negara Columbia. Pada tahun November dan Disember 1991 sendiri, terdapat 100 bomb dipasang oleh Escobar bagi memberi amaran kepada kerajaan dan pihak berkuasa agar tidak campur tangan dalam urusan beliau.

  • Beliau pernah membunuh bakal President Columbia!

Pada tahun 1989, rakyat Columbia memberi sokongan penuh kepada parti berhaluan kiri yang diterajui oleh Luis Carlos Galan. Dikatakan 60% majoriti penduduk disana menyokong parti tersebut dimana manifestonya adalah untuk menghapuskan kegiatan Kartel di Columbia. Semasa berkempen di Soacha, Escobar telah mengarahkan Popeye untuk membunuh bakal President Columbia.

  • Kekayaan Escobar mencecah 58 billion!

Harta dan kekayaan Escobar semasa kematiaanya dianggar 58 billion oleh kerajaaan Amerika Syarikat. Beliau merupakan antara Kartel yang terkaya pada tahun 1980 hingga 1990.

Semoga korang terhibur! Jangan lupa share ya guys!

Leave a Comment