Bob Marley dan kata-kata hikmahnya

Post 9: Korang peminat quote? Jom kita tengok quote pilihan dari Bob Marley yang boleh menjadi penyeri dalam kehidupan korang seharian.

Sebelum kami ceritakan dengan lebih lanjut mengenai quote-quote pilihan kami yang dipetik dari Bob Marley, jom kita kenali siapakah Bob Marley. Untuk pengtahuan korang semua Bob Marley atau nama sebenarnya Nesta Robert Marley adalah seorang penyanyi reggae yang mencetuskan fenomena pada dunia dan tanah air dengan lagu-lagunya bertemakan keamanan. Beliau dilahirkan pada 6 Februari 1945 dan memulakan karier nyanyiannya bersama Wailers pada tahun 1963.

Antara kata-kata pilihan dari Bob Marley yang boleh menjadi pemberi semangat dan kesan positif kepada kehidupan kita seharian adalah:

  • Every man gotta right to decide his own destiny. ” Setiap manusia berhak untuk memilih jalan hidupnya sendiri “
  • When door is closed, don’t you know, another is open. ” Apabila satu pintu tertutup, kita tidak sedar kita memberi peluang untuk pintu pintu lain terbuka untuk kita “
  • Don’t gain the world and lose your soul. Wisdom is better than silver and gold. ” Jangan mencari dunia sehingga jiwa kita tenggelam dengan duniawi. Kebijaksaan itu lebih berharga dari perak dan emas.
  • Judge not, before you judge yourself. Judge not, if you’re not ready for judgement. ” Sebelum kita menghakimi orang lain, lihatlah diri kita sendiri dan jangan lah menghakimi orang lain jika kita tidak mahu diperlakukan sebegitu “
  • In the great future, you cannot forget the past. ” Sejarah tidak boleh dilupakan walaupun sudah meninggalkan kita”
  • One good things about music, when it hits you. You feel no pain. ” Satu perkara yang baik tentang musik adalah, apabila ia memukul anda, ia tidak memberi kesakitan “
  • Better to die fighting for freedom than be a prisoner all the days of you life. ” Lebih baik berjuang bermatian mencari keamanan daripada terpenjara seumur hidup “
  • Don’t trust people whose feelings change with time. Trust people whose feelings remain the same, even when time changes. “Percayalah kepada seseorang yang tidak pernah berubah perasaanya terhadap kamu, walaupun masa beredar meninggalkan kamu”
  • Overcome a devils with a thing called love. ” Kejahatan boleh diatasi dengan kasih sayang “
  • Love the life you live, life the live you love. ” Cintailah kehidupan anda, dan hiduplah dengan cara yang anda cintai”
  • Me only have one ambition, you know, i only have one thing i really like to see it happened. I like to see mankind live together – black, white, chinese, everyone – that’s all. ” Saya hanya mempunyai satu cita-cita, dimana saya berharap ianya akan berlaku. Manusia boleh hidup antara satu sama lain tanpa mengira bangsa “
  • Put your vision to reality. ” Jadiakan visi anda sebagai realiti “
  • The biggest coward of a man is to awaken love of a woman without the intention of loving her. ” Lelaki yang pengecut adalah mereka yang menimbulkan rasa cinta pada seorang wanita tanpa mempunyai niat untuk mencintai wanita tersebut “
  • None but ourselves can free our mind. ” Tiada sesiapa yang dapat membebaskan pejajahan minda kecuali diri kita sendiri “
  • The day you stop racing is the day you win the race. ” Hari dimana anda berhenti berlumba dalam kehidupan adalah dimana hari anda memenangi kehidupan ini “

Alright, sampai disini sahaja perkongsian kita buat kali ini.

Jangan lupa lontarkan pandangan anda dan share ya!

Salam thenang dari kami.

Leave a Comment