Fri. May 20th, 2022

Post 39: Kalau semua orang menjadi jutawan, nescaya dunia ini tidak lagi memerlukan duit. 

Topik kali ini kita akan membincangkan cara untuk menjadi jutawan, bukan dengan sekelip mata, mungkin mengambil masa bertahun atau selamanya. Kecewa kan apabila mendengar tiada rahsia mudah untuk menjadi jutawan? Itu lah hakikat dunia sebenar melainkan anda dilahirkan dengan limpahan kekayaan yang disediakan oleh keturunan anda. Tapi, jangan mengalah, masih terdapat cara untuk anda menjadi jutawan. Selepas membaca post dari kami hari ini, kami berharap kita dapat mengubah cara berfikir kita untuk menjadi jutawan.

Kebelakangan ini, kita sering dimomokkan dengan pelbagai iklan, kelas, perniagaan, artis yang hidup serba mewah. Menunjukkan segala wang dan harta yang mereka ada bagi memberi satu persepsi kejayaan mereka semua datang dengan mudah. Hakikatnya, semua itu bukan semudah yang kita lihat. Apakah rahsia mereka untuk yang kita boleh ikut untuk turut sama menjadi jutawan?

1.  Menukarkan hobi/minat kepada pekerjaan

Perkara yang paling mustahil yang anda dengar kalau 10 tahun lepas. Tetapi tidak pada tahun 2020. Terdapat banyak saluran yang boleh digunakan sebagai contoh Facebook dan Youtube.  Terdapat pelbagai cara yang yang digunakan antaranya adalah streamer game, penulis, dan membuat content media sosial melalui channel sendiri.

2. Forex trader

Saban hari kita melihat pelbagai iklan mengenai forex. Forex adalah perniagaan tukaran matawang yang disediakan melalui pelbagai platform. Tetapi harus ingat, setiap perniagaan ada untung dan rugi. Jadi, sebelum anda menceburi bidang ini, anda haruslah memahami konsep niaga yang dibawa oleh Forex. Ramai yang berjaya kerana nilaian yang dibayar melalui dollar USD kepada pemain Forex.

3. Collector

Membeli barangan bundle dengan nilai cecahan puluh ribu. Dengarnya seperti gila! Tetapi ini lah yang terjadi dalam pasaran dunia. Malaysia pernah dihebohkan dengan jualan jacket Sukajan dengan nilai RM18,000. Selain daripada barangan bundle, terdapat barangan lain yang mempunyai peminat tersediri seperti kenderaan antik, hotwheel dan sebagainya.

4. Berniaga

Bila sebut berniaga banyak cabang yang anda perlu fahami. Tidak semua perniagaan yang akan memberi pulangan yang memberasangkan. Pilih model perniagaan yang terbaik untuk anda. Selain itu anda juga harus merangka agar apabila sampai pada satu tahap anda tidak lost dengan perniagaan anda.

5. Passive investment

Pelbagai skim pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank bertauliah untuk membantu anda melabur didalam program yang disediakan. Antaranya adalah Tabung Haji, ASB dan Public Mutual. Kesemua ini merupakan salah satu pelaburan jangka masa panjang yang memberi keuntungan kepada pelaburnya. Seperti biasa, harus kami ingatkan, pelaburan dan perniagaan mempunyai konsep untung dan rugi.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai Rahsia Jutawan. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *