Sejarah 4Twenty

Post 212: Sejarah 4Twenty

Terdapat pelbagai versi diceritakan mengenai sejarah 420. Untuk pengetahuan semua,  terma 420 pada hari ini adalah simbolik kepada perayaan yang dirayakan oleh stoner sedunia pada 20 April. Ianya bukanlah perayaan rasmi, tetapi ia disambut secara global oleh stoner. Selain itu, 420 juga merupakan simbol kepada stoner untuk memulakan aktiviti pembakaran Cik Hussin. Antara versi yang menjadi bualan mengaitkan kewujudan 420 ini adalah:

  1. Terdapat sesetengah pandangan mengaitkan kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan Cik Hussin dengan 420, ada yang mengatakan terdapat 420 sebatian kimia yang terkandung di dalam pokok ini.
  2. Sesetengah orang mengaitkan 420 ini dengan waktu minum petang atau beristirehat di Belanda. Berkemungkinan pada waktu ini mereka duduk dan roll Cik Hussin untuk bersantai.
  3. Ada sesetengah pihak membuat andaian bahawa 420 ini adalah bersempena dengan kelahiran Adolf Hitler pada 20 April 1889.
  4. Bagi peminat muzik lagenda Bob Dylan, mereka juga ada cara tersediri untuk menginterpretasi maksud 420 ini. Pada mereka, mereka mengaitkan dengan lagu Bob Dylan yang bertajuk “Everybody Must Get Stoned” dan “Rainy Day Women”, dimana kedua-dua lagu itu diletak pada track nombor 12 dan 35. Melalui nombor tersebut (12X35) menghasilkan jumlah 420.

Merujuk laman sesawang History Channel hanya ada satu sahaja sumber yang bertulis dan boleh diguna pakai bagi mengaitkan kewujudan sejarah 420 iaitu “The Waldos”. The Waldos ini adalah sekumpulan remaja yang mengandungi lima orang ahli belajar di sekolah San Rafael. Sejarahnya bermula pada tahun 1971, dimana mereka terdengar khabar angin bahawa terdapat pokok Cik Hussin telah ditanam di satu tempat oleh seorang pegawai pantai. Dikatakan pokok itu dibiarkan dan tidak lagi dituai.Mereka semua telah bersepakat untuk mecari tempat tersebut dengan berbekalkan satu peta (peta tersebut dikatakan telah diberi oleh Pegawai Pantai itu).  Pada hari pencarian tersebut, mereka semua telah bersetuju untuk berjumpa di tugu Louis Pasteur yang berada di kawasan luar sekolah mereka pada pukul 4.20pm. Mereka memilih pukul 4.20pm kerana ianya waktu tamat latihan sukan disekolah mereka kerana meraka semua adalah athlet.

Namun pencarian itu tidak membuahkan hasil dimana mereka tidak menjumpai lokasi yang diceritakan. Melalui cerita mereka ini, ia menjadi bualan hangat di sekolah tersebut dan penggunaan kod 420 digunakan bagi mereka untuk membincangkan mengenai Cik Hussin dan menghisap Cik Hussin tanpa diketahui oleh guru dan ibu bapa mereka.

Dipendekkan cerita, salah seorang ahli “The Waldos” ini mempunya ramai kawan dan connection dengan kumpulan kugiran pada waktu itu. Dalam satu gig di Winterland, mereka menggunakan ayat 420 untuk menghisap Cik Hussin atau berkongsi Cik Hussin. Melalui dari tempat itu, ia mula diguna pakai oleh komuniti muzik tempatan dan terma 420 ini mula tersebar luas dari mulut ke mulut sehingga ke hari ini.

 

Sumber: History Channel Website

 

 

 

 

Leave a Comment