Sun. May 15th, 2022

Permainan bola sepak adalah permainan dimana ia memerlukan 11 orang pemain didalam satu masa. Sukan ini membenarkan pemainnya menggunakan semua anggota badan kecuali keseluruhan tanggan. Hanya penjaga gawang sahaja dibenarkan untuk menggunakan tangan didalam permainan ini. Walaubagaimanapun penjaga gawang hanya dibenarkan menggunakan tangan dikawasan kotak penalti sahaja. Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan jumlah jaringan yang dibuat semasa perlawanan.

Bola sepak merupakan sukan dan permainan yang amat popular dimana ia mendapat sokongan daripada pelbagai kelas. Tidak kira golongan atasan atau marhaen biasa, apabila melibatkan sukan ini, ia menjadi satu fenomena. Jadi, bagaimanakah sejarah bola sepak boleh bermula?

Sejarah Bola Sepak

Permainan bola sepak moden diasaskan oleh British pada awal abad ke 19. Pada waktu itu permainan ini dianggap permainan tradisi di mana ia dimainkan di setiap bandar atau kampung. Peraturan permainan bola sepak juga tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penduduk setempat sebelum ia diselaraskan seperti hari ini untuk permainan proffesional. Pada awalnya permainan ini dimainkan untuk mengisi masa-masa terluang bagi penduduk yang berkelas biasa (working class). Setelah beberapa ketika, permainan bola sepak ini diharamkan buat sementara  kerana keganasan dan kemusnahan setiap kali ia dianjurkan. Walaubagaimanapun, permainan ini tetap dimainkan setiap musim sejuk di kawasan-kawasan kejiranan dan sekolah. Setiap sekolah mempunyai undang-undang tersendiri. Disebabkan kepelbagaian peraturan yang ditetapkan, ia membuatkan permainan ini sukar untuk dikembangkan dan disertai oleh pasukan lain. Pada tahun 1843, permulaan sinar baru bagi permainan bola sepak dimana peraturan pertama ditetapkan iaitu “Cambridge Rules,” dimana peraturan ini telah dicipta oleh bekas pelajar Cambridge yang bergiat dalam sukan ini. Pada tahun 1863, pelbagai siri mesyuarat diaturkan di London untuk menyiapkan satu peraturan yang lengkap bagi menyelaraskan lagi peraturan yang ada. Pada tahun 1870, sekali lagi peraturan baru dikeluarkan oleh Football Association (FA), dimana hanya penjaga gawang sahaja dapat mengawal bola sepenuhnya.

Walaupun peraturan lengkap telah dikeluarkan, masih terdapat banyak kawasan di British tidak menerima peraturan ini dimana sesetengah dari  mereka masih lagi berdegil untuk menggunakan peraturan di tempat sendiri terutama di kawasan Sheffield. Pada tahun 1877, kesatuan kelab bola British bersetuju untuk menerima peraturan yang sama dimana pada waktu itu terdapat 43 kelab yang menyertai perlawanan tersebut dan secara tidak lansung menghapuskan peraturan yang ditetapkan oleh kelab sendiri.

Pada awal abad ke 20, permainan bola telah tersebar ke serata Eropah. Pada waktu ini keperluan badan antarabangsa untuk mengawal permainan ini diperlukan. Pada tahun 1904, satu penyelesaian telah dilakukan dengan setiap negara dari Belgium, Denmark, Perancis, Netherland, Sweden dan Switzerland menghantar setiap wakil dari negara mereka untuk menubuhkan Fédération Internationale de Football Association (FIFA).

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *