Tue. Sep 20th, 2022

Bendera Malaysia atau ianya juga dikenali sebagai Jalur Gemilang. Jalur Gemilang terdiri daripada 14  jalur merah dan putih berselang seli dan lambang bulan sabit  dan bintang 14 mata yang dikenali sebagai Bintang Persekutuan.

Sejarah Jalur Gemilang :

Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan pada 29 November 1949 untuk memilih reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948. Seramai 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut dan hanya tiga reka bentuk sahaja yang terpilih untuk ke pencalonan akhir.

Reka bentuk bendera yang dipilih dari petandingan telah melalui beberapa perubahan dan akhirnya, Jalur Gemilang yang berkibar hari ini telah mendapat kelulusan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 untuk dijadikan sebagai bendera negara Malaysia. Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor

Maksud-maksud pada komponen dan warna Jalur Gemilang :

14 Jalur – Lebar yang sama mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 anggota dan wilayah persekutuan

14 titik bintang – Mewakili perpaduan antara entiti ini

Bulan Sabit – Mewakili agama islam sebagai agama negara

Kuning – Melambangkan warna diraja raja-raja Melayu

Biru – Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia

Merah – Melambangkan keberanian rakyat Malaysia

Putih – Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malayia berbilang kaum

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *