Sat. Sep 24th, 2022

Perdagangan pertukaran matawang asing atau lebih dikenali sebagai  Foreign Exchange (FOREX) trading adalah satu aktiviti pertukaran matawang yang telah dijalankan sejak berdekad yang lalu. Aktiviti transaksi ini telah dikatakan terjadi seawal zaman tamadun Babilon. Pada hari ini, pasaran FOREX merupakan salah satu pasaran yang terbesar, mempunyai kecairan yang tinggi dan mampu diceburi oleh sesiapa sahaja di dunia ini.

Sejarah FOREX dicatatkan berlaku pada 6000 sebelum masihi dimana pertukaran dan sistem barter telah mula diamalkan oleh  tamadun Mesotopamia. Melalui sistem barter dan pertukaran barangan, sistem ini bervolusi kepada perdagangan yang lebih meluas sehingga ke pertukaran garam dan rempah. Pada awal abad ke 6, matawang emas pertama mula dikenalkan.

Penggunaan mata wang emas diguna pakai secara berterusan sebagai medium pertukaran. Tetapi ia memberi kesukaran kepada pedagang kerana matawang emas  dinilaikan berdasarkan berat dan menyukarkan proses perdagangan kerana beban yang berat. Pada tahun 1800, terdapat beberapa negara yang bersetuju menggunakan kadar berat emas digantikan dengan duit kertas. Nilai wang kertas itu dijamin berdasarkan jumlah emas yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan. Pada perang dunia pertama, penggunaan jumlah standard emas itu telah digantung dimana negara-negara Eropah telah mencetak wang kertas secara berlebihan berbanding jumlah emas yang mereka miliki. Pertukaran wang kertas kepada emas terhenti setelah berlakunya perang dunia.

Antara transformasi utama dalam pasaran pertukaran matawang asing adalah Sistem Bretton Wood. Sistem ini telah diwujudkan pada perang dunia pertama atas gabungan Amerika Syarikat, British, Perancis dalam satu perjumpaan bersama United Nations Monetary di Brenton Wood untuk membuat satu bentuk model ekonomi yang baru. Bretton Wood dipilih menjadi lokasi  perbincangan kerana pada waktu itu Amerika Syarikat sahaja  negara yang tidak terkesan dengan peperangan. Kebanyakkan negara Eropah pada waktu itu terkesan dengan peperangan dan dalam keadaan tidak teratur. Selepas kejatuhan pasaran pada tahun 1929, dolar telah dijadikan penanda aras kepada semua matawang asing untuk di nilai perbezaan nilai matawang tersebut. Melalui sistem ini, negara-negara lain mula mengubah kadar matawang mereka dengan pelbagai perubahan polisi untuk menyamai atau lebih tinggi dengan nilai Amerika Dollar kerana pada waktu itu Amerika mempunyai simpanan emas yang tertinggi.

Akan tetapi sistem ini gagal mengekalkan mata Amerika Dollar sebagai matawang tertinggi kerana kadar simpanan emas Amerika Syarikat berkurangan setiap tahun setelah perbelanjaan kerajaan Amerika meningkat. Pada tahun 1971, Presiden Richard M.Nixon telah membatalkan sistem Bretton Wood dan merancang untuk membuat sistem yang lebih baik dinamankan sistem Free Floating kepada Amerika Dollar terhadap matawang yang lain.

Pada Disember 1971, selepas Bretton Woods Accord dimansuhkan, satu perjanjian baru yang dinamakan  Smithhsonian Agreement telah dimeterai pada bulan Disember 1971. Pada tahun 1927, komuniti Eropah telah bersepakat untuk mengurakan kebergantungan matawang mereka kepada nilai Amerika Dollar. Kesatuan Eropah telah menyertai European Joint Float yang disertai oleh German Selatan, Perancis, Itali, Belanda, Belgium dan Luxemburg. Akan tetapi kedua-dua perjanjian ini menghadapi kegagalan padan tahun 1973. Kegagalan sistem ini memaksa mereka meneruskan kembali kepada sistem lama iaitu Free Floating.

Pada awal tahun 1980, matawang Amerika Dollar telah mengatasi kekuatan keseluruhan matawang utama dunia. Ia menyebabkan kadar export dan akaun Amerika Dollar menjadi deficit pada tahap 3.5% didalam GDP. Untuk mengatasi masalah tersebut, pada tahun 1980 Paul Vocker telah menaikkan kadar bunga yang menyebabkan matawang Amerika Syarikat kembali kuat dan menurunkan kadar inflasi yang telah dibelanjakan oleh perindustrian negara mereka.

Kepesatan perindustrian negara Amerika telah menyebabkan perbelanjaan yang tinggi kepada negara mereka dan menyebabkan kadar keberhutangan yang tinggi. Selain itu, sektor perindustrian negara Amerika juga tidak mampu bersaing dengan kilang-kilang negara luar. Pada 1985, kesatuan G-5  (Amerika Syarikat, British, Perancis, German Selatan dan Jepun), telah menghantar wakil mereka untuk berbincang di Plaza Hotel, bandar New York. Melalui perbincangan itu, terdapat khabar angin yang menyatakan pihak G-5 akan menumpukan untuk mengukuhkan kepada matawang bukan dollar. Melalui khabar angin tersebut, dollar dikatakan jatuh teruk dan kejadian ini telah dipanggil sebagai “Plaza Accord”.Kejatuhan dollar dikatakan tidak lama dimana para pedagang mata wang telah mengambil peluang dengan membeli mata wang dollar dengan kadar yang tinggi semasa dollar dibuka pada paras yang rendah. Dengan campur tangan pihak kerajaan, perkara ini tidak mampu dikawal seterusnya menekan dollar Amerika untuk terus naik dan kukuh.Selepas perang dunia kedua, Eropah telah merancang untuk membina kembali negara mereka. Pada tahun 1992, kesatuan Eropah (EU) telah menubuhkan matawang mereka sendiri iaitu matawang Euro. Dengan penubuhan matawang Euro, ia telah memberi cabaran sedikit sebanyak kepada Amerika Dollar.

Pada tahun 1990, peningkatan pasaran matawang telah menarik minat ramai peniaga untuk berdagang. Diatas permintaan yang tinggi, perdagangan diatas talian mula diperkenalkan oleh broker kepada pedagang. Tetapi terdapat beberapa permasalahan ketika perdagangan diatas talian mula-mula diperkenalkan kerana terdapat manipulasi matawang oleh beberapa kumpulan pedagang.

Pada hari ini pasaran FOREX dikatakan pasaran perniagaan yang terbesar didunia dimana setiap hari kadar dagangan dikatakan mencecah hampir kepada 5 trillion setiap hari. Sejarah pasaran FOREX dari tahun 1944 adalah antara salah satu sejarah perkembangan pasaran matawang sehingga ke hari ini.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *