Tue. May 17th, 2022

Penggunaan dinar emas di Malaysia semakin mendapat sambutan selepas isu ini dibincangkan secara meluas selepas krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1998. Dinar emas dan dirham perak telah diamalkan secara berkesan pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman Bani ‘Uthmaniah. Manakala, sejarah kewangan dunia juga telah membuktikan bahawa emas digunakan sebagai mata wang tunggal bermula tahun 1870 sehingga 1914. Selepas itu mata wang emas masih dikekalkan dan digunakan bersama wang kertas sehingga tahun 1973, di mana penggunaannya dimansuhkan sama sekali dan sekaligus digantikan dengan wang kertas semata-mata.

Perkembangan mata wang di kebanyakan negara di Kepulauan Melayu berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti perdagangannya. Pengenalan mata wang yang standard berpunca dari perlunya menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi dalam sistem perdagangan tukar barang. Di samping itu juga, pengaruh perdagangan dalam negeri dan antarabangsa telah membawa kepada perkembangan wang di dalam negara. Usaha-usaha untuk memudahkan aktiviti perdagangan ini akhirnya membawa kepada lebih banyak mata wang teredar kerana ianya menggalakkan perdagangan yang aktif dan seterusnya meningkatkan permintaan untuk pengeluaran wang. Mata wang awal yang digunakan adalah kulit siput geweng iaitu sejak abad ke-3 Masihi. Nilainya berdasarkan saiz dan jenis siput. Penduduk tempatan juga menggunakan kulit siput gerus17 yang diimport dari Pulau Maldiv dan Borneo. Mata wang jenis dinar juga antara mata wang terawal yang ditemui di Kelantan, bertarikh 1181 Masihi.

Mulai kurun ke-8 pedagang-pedagang dari China memperkenalkan wang tembaga dengan banyaknya ke negeri-negeri Tanah Melayu, yang menjadi mata wang utama dan kadangkala merupakan mata wang18 tunggal bagi kebanyakan negeri di Kepulauan Timur. Bagi negeri-negeri kawasan tengah Semenanjung Tanah Melayu pula, mata wang terawal adalah berbentuk ketul-ketul jongkong timah yang mempunyai berat dan ketulenan yang setara. Saudagar-saudagar asing di Melaka menggunakan jongkong-jongkong timah di samping emas urai, batang-batang perak sebagai duit. Rakyat jelata pula menggunakan siput gerus, padi/beras, dan biji saga dalam urus niaga di pasar-pasar. Walau bagaimanapun, jongkong timah sangat terkenal pada zaman kegemilangan Kerajaan Melaka dan duit syiling timah Melayu pertama19 dikeluarkan ialah semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka kirakira pada tahun 1445 semasa pemerintahan Sultan Muzzafar Shah (1445- 1459).20 Pada masa yang sama juga, menerusi pengaruh perdagangan antarabangsa dengan pedagang dari China, India dan Asia Barat, penduduk Tanah Melayu juga mula menerima dan menggunakan syiling logam yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang tersebut. Apabila Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511, mereka telah membawa masuk syiling perak dan emas. Pada tahun 1580 syiling perak Dolar Sepanyol diperkenalkan ke dalam sistem kewangan untuk peredaran. Manakala pada tahun 1641 selepas Melaka ditakluki oleh Belanda, syiling Belanda pula beredar di Tanah Melayu bagi menambahkan lagi bekalan mata wang.

Perkembangan dan pembangunan ekonomi Tanah Melayu menjadi semakin pesat selepas penemuan bijih timah di Perak pada tahun 184822 dan tahun 1880.23 Pihak bank terpaksa menambahkan cawangan mereka agar dapat memenuhi permintaan dan keperluan industri timah dan getah serta pada masa yang sama dapat memenuhi keperluan kewangan penduduk tempatan. Syiling juga mengalami kekurangan apabila ekonomi Tanah Melayu semakin berkembang. Oleh itu, pada akhir kurun ke-19 beberapa buah bank telah diberi kuasa dan hak istimewa untuk mengeluarkan nota bank. Ordinan VII 1887, telah mewujudkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang apabila pengeluaran wang dalam negara telah dikeluarkan sewenang-wenangnya tanpa ada satu sistem kawalan. Lembaga tersebut mempunyai kuasa mutlak untuk mengeluarkan nota mata wang dan syiling. Pada tahun 1899, peredaran nota mata wang kerajaan yang pertama telah dimulakan dan dengan mudah diterima oleh penduduk tempatan. Pada tahun 1903, Dolar Selat Perak yang baru pula diedar. Bagi mengatasi kekeliruan yang wujud daripada pelbagai jenis syiling, kerajaan telah mencairkan syiling perak yang lain menjadi bilion dan dinyahwangkan.25 Selepas tahun 1926, Dolar Selat Perak ditukar kepada Dolar Malaya apabila Lembaga Mata Wang disusun semula dengan penyertaan daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dalam tahun 1938, satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Tanah Melayu telah diwujudkan melalui satu perjanjian tahun 1938 di antara wakil kerajaan-kerajaan berikut:

i) Kerajaan-kerajaan Negeri-Negeri Selat, Singapura dan Pulau Pinang
ii) Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
iii) Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
iv) Brunei

Perjanjian ini dibuat untuk mengeluarkan mata wang syiling dan kertas yang dipakai bersama oleh kesemua kerajaan-kerajaan yang menandatangani perjanjian tersebut. Mata wang yang diterbitkan akan dikawal dari segi pengeluaran, mutu, kadar pertukaran, bentuk dan reka bentuk mata wang kertas dan syiling, sah laku, penyahlewengan dan lainlain perkara melibatkan mata wang. Selain itu, Lembaga ini juga menubuhkan Kumpulan Wang Mata Wang Surplus dan lain-lain hal berkaitan. Dalam tahun 1950, satu perjanjian baru telah dibuat antara pihak-pihak berikut:

i) Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
ii) Pihak Berkuasa Bagi Tanah-tanah Jajahan Singapura, Sarawak
dan Borneo Utara29
iii) Kerajaan Negera Brunei

Tujuan perjanjian ini adalah bagi menubuhkan satu Suruhanjaya Mata Wang Bersama. Satu Kumpulan Wang Mata Wang juga diwujudkan. Bidang kuasa dan operasi Suruhanjaya dan Kumpulan ini adalah sama dengan terma-terma perjanjian tahun 1938.30 Pada tahun 1954 pula nota mata wang baru telah dikeluarkan dan diterima sebagai wang di Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan pada tahun 1959 Singapura diberi status pemerintahan sendiri oleh kerajaan British. Oleh itu, pada tahun 1960 satu perjanjian mata wang yang baru diwujudkan untuk memenuhi keperluan negara masing-masing dan disempurnakan di antara Malaysia, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Lembaga Pesuruhjaya disusun semula dan diperkemaskan bagi memenuhi perkembangan dan perubahan baru tersebut.

Pada tahun 1967, berlakunya peristiwa ‘Perpisahan Mata Wang’, dan pada 12 Jun 1967 Bank Negara telah mengeluarkan mata wang Malaysia sendiri. Singapura dan Brunei juga menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang masing-masing bagi pengeluaran pengurusan dan penebusan wang kertas dan syiling mata wang. Mata wang Malaysia menggantikan mata wang Malaya lama yang dikeluarkan oleh Lembaga Mata Wang. Di bawah mata wang yang lama, unit mata wang adalah dolar Malaya, yang mengandungi 100 sen. Kini dikenali dengan ‘ringgit’ dan ‘sen’ di bawah Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975.

Sumber: UM.edu

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *