Sun. Sep 25th, 2022

MetaTrader4 atau ianya juga dikenali sebagai MT4 merupakan platform pelaburan electronik yang digunakan seluruh dunia bagi pedagang pertukaran mata wang asing. Ianya telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh syarikat Metaquotes Software Corp. Perisian ini merupakan perisian berlesen dimana ia memberi akses kepada broker-broker untuk memberi peluang kepada pedagang-pedagang untuk berdagang melalui perisian tersebut dengan menggunakan broker pilihan mereka. Server yang dibangunkan akan dikawal selia oleh broker-broker yang bertanggungjawab  dan pedagang boleh mengkases harga pasaran, serta meletakkan dagangan mereka melalui perisian ini.

Sejak awal tahun 2002, pelbagai siri perisian perdagangan telah dikeluarkan. Akan tetapi ia terdapat beberapa ralat dan mendapat kurang sambutan sehingga MT4 dilancarkan. Pada tahun 2007 sehingga 2010, jumlah broker tersenarao didalam perisian ini semakin meningkat dimana pengguna mula menggunakan perisian ini secara meluas.

Pada Oktober 2009, sekali lagi syarikat ini melancarkan perisian terbaru mereka iaitu MT5 (meta trader 5), di mana ia dilancarkan dalam bentuk cubaan BETA. Antara broker pertama yang meletakkan nama mereka di dalam perisian terbaru tersebut seawal ia dilancarkan adalah broker InstaForex pada September 2010.

Walaupun MT5 merupakan perisian terbaru yang dilancarkan, melalui satu kajian yang dijalankan pada September 2019, perisian MT4 masih lagi menjadi pilihan utam pedagang-pedagang matawang asing.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *