Fri. May 20th, 2022

MLBB diterbitkan buat pertama kalinya di China untuk sistem Android pada 11 Julai 2016 dan kemudiannya untuk iOS di seluruh dunia pada 9 November 2016. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton Bersama anak syarikat usaha ByteDance. Syarikat ini juga telah membangunkan sebuah lagi permainan yang bergenre Arked iaitu Mobile Legends Adventure.

MLBB adalah permainan arena pertarungan atas talian multipemain yang direka untuk telefon bimbit dimana didalam mod klasik, kedua-dua pasukan bertempur untuk sampai ke pangkalan musuh dan memusnahkannya sambil mempertahankan pangkalan masing-masing dan mengawal laluan yang diberikan Dalam mod ini, terdapat tiga laluan iaitu laluan atas, tengah dan bawah yang menghubungkan pangkalan-pangkalan itu.

Dalam setiap pasukan, terdapat lima orang pemain yang mengawal wira dari peranti masing-masing. Terdapat juga karakter lemah yang dikawal komputer, iaitu konco-konco (minions) yang dikeluarkan dari pangkalan masing-masing dan mengikut ketiga-tiga laluan menuju ke arah pangkalan musuh sambil melawan konco-konco, wira musuh serta menara (turrets). Konco-konco yang dikeluarkan bagi setiap peringkat ialah sebanyak 3 ekor bagi setiap laluan.

Di setiap pasukan, terdapat lima pemain yang masing-masing mengendalikan watak yang dikenali sebagai “pahlawan”. Wira boleh dikelompokkan menjadi 6 peranan yang berbeza iaitu Marksman, Assassin, Mage, Support, Fighter dan Tank.

Kerajaan India pada Jun 2020 telah mengharamkan Mobile Legends bersama-sama 58 aplikasi China yang lain akibat kemerosotan hubungan China-India berikutan insiden pertembungan China-India di sempadan Garis Kawalan Sebenar pada bulan itu. Riot Games, pembangun permainan League of Legends telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Moonton kerana pelanggaran hak cipta, memetik persamaan antara Mobile Legends dan League of Legends. Pada bulan Julai 2018, mahkamah China memutuskan untuk memihak kepada Riot, dengan memberi ganti rugi kepada Tencent (syarikat induk Riot) AS$2.90 juta (RMB19.4 juta).

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *