Sejarah Negara Palestine

Palestine, ada negara yang terletak di kawasan Mediterranean timur. Pada dunia moden hari ini tanah di Palestine merangkumi negara haram Israel dan Wilayah Palestine termasuk Gaza sepanjang laut Mediterranean dan tebing barat (bahagian selatan Sungai Jordan).

Istilah Palestine telah dikaitkan dengan pelbagai kontrovesi dengan kawasan wilayah kecil yang sebahagiannya memasuki wilayah Jordan. Kedua-dua kedudukan geografi kawasan tersebut menjadi perebutan nama dan suasana politik telah berubah-ubah sepanjang tiga millenium yang lepas. Di negara Palestine sendiri, terdapat kawasan yang dianggap sebagai tanah suci dan menjadi perebutan oleh tiga agama ini iaitu, Yahudi, Kristian dan Islam. Sejak abad ke 20 lagi, konflik perebutan tanah ini berlaku diantara kaum yahudi dan bangsa arab untuk merebut kawasan suci tersebut sehingga  terdapat beberapa siri peperangan yang terus berlansung sehingga ke hari ini.

Perkataan Palestine diambil dari perkataan Philistia, istilah yang diberikan oleh penulis Greek kepada tanah penduduk Philistia adalah Philistines, dimana pada abad ke 12 sebelum masihi, ia merangkumi kawasan selatan iaitu sekarang terletak diatara Tel Aviv-Yafo dan Gaza. Nama Palestine kemudian digunakan semula oleh Empayar Rom pada abad ke 2 masihi dengan gabungan “Syria Palaestina”, dimana ia merangkumi kawasan timur bandar Syria hingga ke tanah Arab. Empayar Rom menggunakan istilah itu sebelum Islam menguasai wilayah-wilayah tersebut. Selapas kejatuhan Empayar Rom, nama negara Palestine masih tidak ditetapkan sehingga tamat perang dunia pertama dan kejatuan Empayar Uthmaniah. Selepas kegagalan Empayar Uthmaniah untuk mempertahankan kekuasaannya, sebahagian tanah dibawah kuasa mereka telah diserahkan kepada Britih, dimana ia merangkumi kawasan Palestine (Israel ada hari ini) dan wilayah tebing barat. British juga dikatakan telah mengambil kawasan timur Sungai Jordan yang merangkumi Hashimite dan meletakkan pemerintahan kawasan tersebut berasingan dengan Palestine bagi memisahkan dua negara tersebut bagi memudahkan mereka mengurus dua jajahan tersebut.

Sumber: Britannica

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

Leave a Comment