Sat. May 14th, 2022

Sejarah penciptaan kereta dimulakan oleh orang Itali yang mana mereka dari dulu lagi mencari alternatif untuk bergerak ke sesuatu tempat dengan mudah, cepat, dan menjimatkan masa serta tenaga.Guido Da vigevano (1335) memulakan penciptaan kereta dan diikuti oleh Vanturio dengan rekaan yang sama. Seterusnya Leonardo Da Vinci meneruskan penciptaan dengan rekabentuk yang lebih menarik dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti stering yang lebih efisyen, dan roda belakang yang mempunyai mekanisma yang berbeza antara satu sama lain. Pada 1712, enjin berkuasa stim yang pertama telah dicipta oleh Thomas Newcomen dan diikuti pula oleh James Watt (1765) dengan enjim stim yang lebih baik dari Thomas.

Dan pada akhirnya pada tahun 1769, Nicholas Joseph Cugnot telah berjaya mencipta kereta yang menggunakan tenaga sendiri. Pada tahun 1803,perkembangan pembuatan kereta banyak berlaku di England. Mereka mula belajar menggunakan kereta tanpa landasan.Seterusnya Etenne Lenior (1860) mencipta enjin menggunakan gas yang pertama di Paris. Enjin tersebut mempunyai setengah kuasa kuda. Pada tahun 1868, Siegfried Marcus mencipta kereta berkuasa gas dan mempamerkannya di Vienna Exihibition pada tahun 1873. Kereta berkuasa gas kedua telah direka oleh Strassen Wagen menggunakan 3/4 kuasa kuda dan berkuasa kira-kira 600 r.p.m.

Kereta stim yang lebih baik telah dihasilkan oleh Dr. J.W. Carhart (profesor fizik di Wisconsim State University), dan J.I. Case Company telah mencipta kereta stim.Pada September1893, kereta oleh Charles dan Frank Duryea (adik-beradik) telah mencipta kereta berkuasa gasolin yang pertama di Amerika. Kereta tersebut mula bergerak di jalan raya pada 21 September 1893 di Springfield MA. Kereta ini dilengkapi dengan empat kuasa kuda, dan enjin gasolin satu silinder.

Henry Ford pula telah mereka kereta yang lebih baik dari yang sebelumnya dan kereta tersebut mula bergerak pada 1893. Pada akhir tahun tersebut, Ford telah menjual kereta pertamanya yang dipanggil Quadracycle dengan harga $200 dan menggunakan wang tersebut untuk membuat kereta yang lain.

Sumber: Laman Web UKM

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *