Sun. Sep 25th, 2022

Peperangan biologi, juga dikenali sebagai peperangan kuman, merupakan salah satu bentuk peperangan yang paling berbahaya. Ia mempunyai keupayaan untuk menghilangkan seluruh populasi dan spesies dari muka bumi. Ia merujuk kepada penggunaan agen biologi yang hidup, terutamanya ejen berjangkit seperti virus, bakteria, kulat, dan toksin biologi untuk mengganas, membunuh dan melumpuhkan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan sebagai tindakan peperangan yang disengajakan.

Penggunaan senjata biologi dikatakan dikesawan seawal zaman kurun ke 6 sebebum masihi. Antaranya yang diceritakan dalam buku Nicholas Hobbes. Buku yang bertajuk Essential Militaria yang diterbitkan pada 2003 itu menggambarkan bagaimana sejarah persenjataan sepanjang zaman.

Zaman kurun ke 6 SM tersebut antara bentuk bentuk serangan virus seperti;

(a) Meracun perigi atau bekalan air yang menjadi sumber minuman untuk menguasai tempat tersebut

(b) Menyalut najis pada anak panah

(c) Meletakkan ular beracun dalam tembikar, kemudian dilemparkan ke arah musuh

Terdapat banyak contoh lain penggunaan senjata biologi pada zaman lampau. Pada abad ke-14, mayat-mayat yang terkorban diletupkan oleh orang Mongol telah diletak ditas tembok pelabuhan Laut Hitam di Caffa. Perkara ini seterusnya memaksa penghuni kawasan terbabit melarikan diri kerana ketakutan. Selain itu, ramai ahli sejarah berpadangan dan percaya bahawa kapal dari pelabuhan ini membawa wabak ke Itali di mana ia menyebarkan epidemik dikalangan penduduk Eropah yang membunuh hamper 25 juta orang.

Orang Amerika Asli juga tidak terkecuali menjadi mangsa peperangan biologi di mana semasa perang Perancis dan India pada tahun 1767, tentera Ingeris dengan sengaja memberi selimut yang digunakan oleh pesakit-pesakit cacar kepada Orang Asli Amerika

Pada 1972 telah diadakan Persidangan Senjata Biologi (Biological Weapons Convention – BWC), di yang ditandatangani oleh lebih 100 negara. Pada 1996, sebanyak 137 negara telah menandatanganinya berikutan meningkatnya negara yang berpotensi untuk menghasilkan senjata ini.

Thenang My

 

 

 

 

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *