Mon. May 16th, 2022

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Perodua adalah syarikat pengeluar automotif Malaysia yang kedua selepas Proton. Ditubuhkan pada 1993, kilangnya terletak ditapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Perodua adalah singkatan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd yang diubah menjadi Per O Dua.

Penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) pada tahun 1993 yang merupakan kerjasama antara syarikat Malaysia dan Jepun membuka lembaran baharu dalam landskap industri automotif tempatan.

Perodua memfokuskan kepada kereta kompak atau supermini. Jenama ini menampilkan reka bentuk dan komponen dalaman daripada Daihatsu sejak awal pengenalannya. Hal ini kerana Daihatsu memegang saham sebanyak 20% pada awal pelancaran.

Syarikat Perodua dilengkapi dengan kenderaan yang berbeza-beza yang dapat menarik pembeli terutamanya yang mahukan kenderaan yang berpatutan disamping hadir dengan penawaran yang cekap. Perodua kebanyakannya menyasarkan kepada individu yang abru bekerja atau keluarga yang ingin membeli kereta berkualiti dengan harga berpatutan.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *