Tue. May 17th, 2022

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Dengan pelancaran model pertama kereta nasional, iaitu Proton Saga, Malaysia mula dikenali di mata dunia setelah kereta-kereta nasional kita mula dipasarkan di luar negara. Mengikut kiraan hasil jualan, kereta Proton Saga telah terjual lebih 1.2 juta unit sejak pertama kali ia dilancarkan.

Sebelum pelancaran Proton Saga pada bulan September tahun 1985, pertandingan untuk mencari nama bagi model pertama Proton ini telah diadakan. Pertandingan yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia ini telah menarik penyertaan sebanyak 102,823 orang. Akhir sekali hanya tiga nama yang menjadi penentu bagi nama model pertama Proton iaitu Saga, Perdana dan Gagah. Akhirnya, Saga dipilih sebagai nama bagi model pertama Proton.

Saga ini tidak dicadangkan oleh seorang peserta. Tetapi terdapat 11 orang yang menamakan Saga, dan kemenangan berpihak kepada Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang pada waktu itu. Beliau telah terpilih kerana beliau mendapat idea untuk menterjemahkan frasa ‘saga’ itu dan memberi maksud bagi setiap huruf tersebut.

S = Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)

A = Achivement (pencapaian)

G = Greatness (keagungan)

A = Ability (kebolehan)

Jadi dari situlah datangnya nama Proton Saga yang diambil daripada perkataan bahasa inggeris dan diberi makna bagi setiap huruf.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *