Selepas sebulan bebas jangkitan, kluster baharu dikesan di Wuhan

Post 292: Selepas sebulan bebas jangkitan, kluster baharu dikesan di Wuhan 

Wuhan, pusat penularan wabak COVID-19, mencatat kluster jangkitan baharu. Sejumlah lima kes baharu dilaporkan dengan kes pertama dikesan 3 April lalu. Menurut pihak berkuasa, kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejiranan yang sama.

Kluster kecil Wuhan ini adalah yang pertama dilaporkan sejak China melonggarkan sekatan pada 8 April. China melonggarkan sekatan sejak beberapa minggu lalu selepas mencatat penurunan kes jangkitan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dan pakar kesihatan memberi amaran, risiko jangkitan kembali menular adalah tinggi selepas kerajaan melonggarkan sekatan.

Sumber: Astro Awani 12 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment