Fri. May 20th, 2022

Selepas peperangan saudara yang terjadi Amerika, dunia telah bersepakat untuk menghadkan jenis penggunaan senjata yang digunakan ketika perang. Idea untuk mengurakan jenis senjata yang berbahaya disebabkan oleh kesan yang buruk terhadap askar yang terlibat serta orang awam di kawasan tersebut.

Pada zaman pemerintahan Presiden Abraham Lincoln, beliau telah mengutarakan Lieber Code. Code tersebut dinamakan bersempena Francis Lieber, seorang professor berlatar belakang Prussia.

Lieber merupakan salah seorang askar Prussia yang berkhidmat semasa perang Napelon. Beliau telah tercedara dalam siri peperangan yang dinamakan Battle of Waterloo. Selepas dari peperangan itu, beliau menghadapi trauma yang teruk terhadap peperangan dan sistem penghambaan bagi tawanan perang. Beliau percaya, peperangan yang berlaku harus dibatasi dengan undang-undang bagi memastikan tiada kekejamaan melampau dilakukan. Tujuan beliau mengutarakan idea undang-undang peperangan agar pihak bersatu dapat memastikan peperangan dapat dihentikan termasuk amalan perhambaan.

Pada 24 April 1863, President Lincoln telah mengutarakan code  Instructions for the Government of Armies of the United States in the Field, General Order No. 100 dimana pada kod tersebut mengandung 157 artikel dan 10 sektion perundangan peperangan. Ia termasuklah layanan terhadap tahanan perang, askar yang ditawan, wanita dan pengintip.

Selepas 150 tahun perundangan terhadap peperangan di buat, penambahbaikkan undang-undang tersebut ditambah dan diperketatkan dimana senjata yang digunakan tidak boleh bertujuan untuk menyeksa seperti mencekik mangsa, mencacatkan mangsa dan membunuh pihak lawan dengan secara tidak berperikemanusiaan. Antara senjata yang tidak dibenarkan didalam peperangan pada hari ini adalah:

1. Gas Beracun

Terdapat 5 jenis gas beracun yang diharamkan penggunaannya semasa perang. Kesan kepada terdedah kepada gas beracun boleh menyebabkan kematian secara perlahan dan zalim dimana ia merosakkan sistem pernafasan. Gas seperti Phosegene dan Hydrogen Cyanide merupakan gas yang meransang kematian melalui udara yang disedut dan dibawa ke seluruh sistem melalui darah.

Selain itu, gas yang menyebabkan lepuh kepada kulit dan mata juga tidak dibenarkan. Gas Mustard merupakan gas yang diharamkan kerana ia memberi kesan membunuh kepada mangsa.

Gas yang merosakkan saraf seperti XV dan gas Sarin juga diharamkan kerana ia merosakkan organ serta menyebabkan saraf gagal berfungsi menyebabkan mangsa hilang fungsi mengawal badan.

Gas yang menyebabkan sesak nafas juga antara gas terlarang digunakan dimana ia menyebabkan mangsa lemas dan mati dalam keadaan terseksa. Gas Phosgene antara gas yang menyebabkan mangsa yang terdedah mati lemas.

2. Periuk api

Pada tahun 1979, pengharaman periuk api gagal dilaksanakan dimana ia telah memberi kesan jangka panjang kepada negara, mangsa dan orang awam. Sesetengah tempat yang ditanam periuk api sehingga ke hari ini masih gagal dibersihkan kerana terdapat banyak lokasi rahsia yang telah digunakan. Hingga ke hari ini, negara yang terlibat dengan perang masih berpotensi untuk mendapat ancaman periuk api.

3. Senjata yang membakar

Penggunaan senjata yang mengeluarkan api untuk membakar kawasan yang luas dan merisikokan nyawa orang awam turut diharamkan mengikut undang-undang peperangan. Senjata ini telah diharamkan dimana ia merangkumi api, haba, radiasi bahan kimia, penggunaan flamethrowers, napalm dan phosphorus putih. Penggunaan flamethrower hanya di hadkan di medan perang dan tidak dibenarkan penggunaanya berdekatan dengan orang awam.

4. Peluru Kembang

Secara teknikalnya, peluru yang memasuki didalam badan selepas ditembak berbentuk leper kerana ia dicipta untuk kelajuan. Pada tahun 1899, British telah mencipta peluru kembang dimana setiap peluru yang memasuki badan manusia akan mengembang menjadi berbentuk pengisar dan memutukan segala sendi serta tulang yang ada. Sekiranya ia tidak memutuskan anggota badan, peluru tersebut sukar untuk dikeluarkan kerana ia bakal merosakkan salur-salur darah di sekelilingnya.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

 

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *