Wed. May 18th, 2022

Senjata tradisional Melayu masih mendapat tempat dalam kalangan peminatnya termasuk golongan muda yang menggemari koleksi barangan lama dan antik. Di dalam Alam Melayu terdapat pelbagai senjata yang dihasilkan dan digunakan oleh orang Melayu. Tetapi Keris merupakan satu senjata yang paling popular dan dikaitkan dengan etnik Melayu. Kisah pahlawan Laksamana Hang Tuah dan keris Tamingsari serta penonjolan penggunaan keris dalam filem-filem Melayu lama serta penggunaan keris oleh Raja dan Sultan dan raja sehari menjadikan keris sebagai satu senjata Melayu yang unik dan istimewa bagi etnik Melayu di Nusantara khususnya.

Terdapat lebih 50 lagi senjata yang berasaskan etnik Melayu selain daripada keris, antaranya termasuklah badik, clurit, lawi ayam, jambiah, kawali, lading, lembing, parang, pedang, pedang lembik, tombak, tembong, tongkat, tumbuk lada, tundang, sewar, sundang, keris panjang, keris pendua, keris sundang, pisau belati, pisau balasiong, simbat (tongkat), tembong simbat suk, kandar, pelentung), golok, tapik, bacok, sabit, belitung, parang panjang, kelewang, rencong (kerambit, beladau), tombak (serampang, tempuling, tiruk), anak tombak (kiri dan kanan), rantai, gada-gada (rantai dengan besi pemberat di ujung), kapak (kapak kecil), cipan, cokmar, sumpit (sumpit rajang, sumpit panjang), panah, sundang (sundang lipas, sundang panjang), cindai, mayang (mayang gesit, cucuk sanggul), buku lima, panah, rentaka, meriam, terakol , dan tekpi (raja senjata).

Kehebatan pembuatan senjata di Alam Melayu telah direkodkan dalam sejarah negeri Kedah Tua khususnya di Sg Batu dan Lembah Bujang yang menjadi pusat peleburan besi terkenal di zaman silam yang menghasilkan pedang, termasuk salah satu daripada 9 pedang Nabi Muhammad s,a.w.

Pada pedang ini terdapat ikon naga dan jentayu yang membuktikan bahawa pedang ini dan banyak pedang para sahabat serta pedang-pedang terbaik datang dari sebelah dunia Timur. Fakta sejarah ini menunjukkan Alam Melayu sudah pun terkenal dengan pembuatan senjata dari besi seperti pedang di satu kawasan antara India dan China yang dikenali sebagai Qal’atau Kalah atau Kedah Tua.

Dokumentasi mengenai persenjataan Melayu boleh didapati di Leiden, Belanda dan juga terdapat di perpustakaan di London yang menghimpunkan manuskrip Melayu lama. Maklumat mengenai persenjataan Melayu dan teknologi pembuatan ini tidak banyak terdedah kepada rakyat di negara ini khususnya. Justeru Wacana ini akan mengupas tajuk persenjataan Melayu dengan berfokus kepada empat senjata Alam Melayu iaitu keris, bedil, lading, dan panah.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *