Siapakah Elon Musk?

Elon Musk, satu figura usahawan yang tidak asing didunia ini dengan banyak melakukan perkara yang tidak tercapai akal dan sering kali diremehkan oleh mereka yang tidak memahami visi dan misinya. Siapakah beliau yang sebenar? Mari kita selusuri biografinya.

Elon Musk adalah anak kelahirahan kacukan Afrika Selatan dan Amerika. Beliau merupakan usahawan dan ahli perniagaan yang terkenal dimana beliau merupakan pengasas kepada X.com pada tahun 1999 yang kini dikenali sebaga PayPal. Selain itu, beliau juga mengasaskan beberapa perniagaan lain seperi SpaceX pada tahun 2002 dan Telas Motors pada tahun 2003.

Namanya melonjak naik selepas menjadi seorang usahawan yang berjaya bertaraf millionaire pada umur 20an dimana dia menjual salah satu syarikat permulaannya iatu Zip2 kepada salah satu cawangan Compaq Computers.

Musk sekali lagi meletakkan namanya di puncak pada Mei 2021 dengan melancarkan program kenderaan pertama ke Station Ruang Angkasa Antarabangsa atau dikenali dengan International Space Station(ISS) melalui roket yang dihasilkan melalui syarikat beliau SpaceX. Beliau mengukuhkan kedudukannya didalam industri ini dengan membeli SolarCity pada tahun 2016 dan menjadi salah seorang penasihatĀ  kepada kerajaan Donald Trump.

Pada tahun 2021, kekayaan Musk telah berjaya mengatasi Jeff Benzos sebagai seorang yang terkaya di dunia.

Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria South Africa. Beliau dianggap sebagai anak kelainan upaya dimana beliau sering berimaginasi sehingga ibu dan bapanya menghantarnya untuk rawatan pendengaran. Ibu bapanya telah berpisah semasa Musk berumur 10 tahun. Pada waktu itu, minat Musk mengenai koputer mula menebal dan beliau mula mempelajari dengan mendalam. Pada umur 12 tahun Musk menjual perisan komputernya yang bernama Blastar.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

Leave a Comment