Mon. May 16th, 2022

George Soros merupakan seorang pakar kewangan, penulis, filantropi, aktivis dan pelabur yang meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang terkaya di dunia. Beliau telah dilahirkan pada 12 Ogos 1930 di Budapest, Hungari. Soros telah dilahirkan dalam keluarga Yahudi dan dibesarkan semasa keberadaan tentera Nazi di Hungari pada tahun 1994. Keluarganya telah berpecah dan menggunakan dokumen palsu bagi mengelakkan diri mereka ditangkap semasa pemerintahan tentera Nazi.

Pada tahun 1974, Soros telah berpindah ke London dan melanjutkan pelajaran dalam bidang dalam bidang falsafah di bawah penyeliaan Karl Popper di Sekolah Pengajian Ekonomi, London. Dia kemudiannya meninggalkan pengajian falsafah dan menyertai Singer & Friedlander dalam perniagaan kewangan. Pada tahun 1956 dia berpindah ke bandar New York untuk berkerja sebagai pakai analisis kewangan.

Pada tahun 1973, Soros telah menubuhkan “Dana Soros”, yang kemudiannya dikenali sebagai Quantum Endowment Fund. Disitu, beliau mengumpulkan sumber kewangan dari pelbagai syarikat dan melaburkan dalam pelbagai aliran pelaburan. Pada tahun 1987, dia telah mengambil peluang dalam  keruntuhan harga saham dengan membeli saham kewangan Jepun dengan dana yang diperolehinya. Akan tetapi, analisa yang dijalankan tidak tepat dan dia mengalami kerugian terbesar di dalam pelaburannya.

Pada thun 1992, dia lagi sekali mengambil peluang pelaburan semasa kerajaan British tidak berjaya mempertahankan kekuatan harga “pound sterling”. Melalui sumber kewangan syarikatnya, Soros telah membeli jutaan “pound” melalui dana yang diperolehinya dan menjualnya pada kadar yang tinggi selepas “pound” melonjak kukuh kembali. Dia kemudian membayar kesemua hutang dan kerugian yang dialami serta mendapat keuntungan hampir 1 billion. Dia mendapat jolokan” lelaki yang memiskinkan bank England ” kerana berjaya mendapat keuntungan yang besar semasa saat kejatuhan harga “pound”. Pada tahun 1994, dia mengalami kegagalan pelaburan selepas analisis terhadap spekulasi harga dollar menentang yen tidak menepati kehendaknya. Pada saat itu, syarikatnya dikatakan menananggung kerugian beratus million dollar.

Soros dikatakan terlibat terhadap serangan ke atas matawang Thailand, “baht” pada tahun 1997. Selain itu,namanya juga dilibatkan dalam krisis matawang asia terbesar selepas perdana menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad, mengatakan Soros bertanggungjawab keatas kejatuhan Ringgit Malayia pada waktu itu. Pada tahun 1999, Soros sekali lagi melaburkan dana yang diperolehinya melalui sistem pelaburan di atas talian. Sehingga hari ini, Soros masih lagi dianggap sebagai pelabur yang mampu menggerakkan carta yang dilaburnya kerana jumlah pelaburan yang dilaburkan  dikatakan antara pelaburan yang bernilai tinggi.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *