Sat. Sep 24th, 2022

Pada 2 Disember 1993, Pablo Escobar telah diserang hendap oleh pihak berkuasa dan cubaan melarikan diri semasa beliau berada di ‘base’ kartel Medellin Colombia melalui bumbung-bumbung kejiranan kawasan tersebut. Beliau telah ditembak mati oleh pihak berkuasa dan gambarnya telah disebarkan sebagai pengabdian kejadian tersebut.

Gambar tersebut adalah gambar beliau yang berlumuran darah selepas ditembak mati oleh sekumpulan askar Colombia dan sekumpulan lelaki. Gambar terbabit menyifatkan sebagai hukuman keatas beliau terhadap pelbagai jenayah yang telah dilakukan olehnya semasa hidup.

Tetapi terdapat beberapa percanggahan daripada kartel lawan, ahli kumpulan Medellin dan ahli keluarganya sendiri mengenai kematian Escobar dengan mengatakan bahawa ia tidak dibunuh oleh pihak berkuasa.

Siapakah yang membunuh Pablo Escobar?

Bloque de Búsqueda (Search bloc/ Operasi khas)

Pada thaun 1989, pelbagai tragedi berdarah telah dilakukan oleh Escobar terhadap musuh dan ahli kerajaan Colombia bagi menutup segala kegiatan yang dilakukan olehnya, Negara Colombia pada waktu itu boleh dikatakan bergolak sehingga naiknya Presiden Colombia yang bernama Virgilio Barco. Beliau yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan khas untuk menghapuskan kartel Medellin terutama ketua kartel tersebut Pablo Escobar.

Presiden Virgilio dibantu oleh tentera khas Amerika, penyiasat tentera Amerika, CIA dan DEA bagi menjayakan operasi khas tersebut. Operasi ini dijalankan pada tahun 1992 sehingga 1993 selepas kematian Pablo. Mengikut laporan rasmi yang dikeluarkan, pasukan Search Bloc berjaya menghapuskan kegiatan Pablo Escobar dan seterunya membawa kepada pembunuhan Escobar.

Pada 2 Disember 1993, sehari selepas ulang tahun kelahiran Escobar,  Mark Bowden, penulis membuku “Killing Pablo” menceritakan didalam penulisannya bahawa pada hari kelahirannya, Pablo telah meraikan dengan berkhayal dengan menggunakan ganja, memakan kek dan wine. Pada waktu itu, Escobar menghubungi anaknya dimana Search Bloc mengambil peluang untuk menjejak kedudukan Escobar yang sebenar selepas bersembunyi daripada pihak berkuasa. Escobar dikatakan berada di tingkat kedua kejiranan tersebut semasa pihak berkuasa menjejak panggilan tersebut.

Pasukan khas Search Bloc mengepung kediaman tersebut dan merempuh masuk untuk memberkas Escobar. Escobar bersama pengawal peribadinya bergegas melarikan diri melalui tingkap dan berbalas tembakan bersama pihak berkuasa. Kedua-dua mereka rebah selepas ditembak dan Escobar dikatakan ditembak di bahagian kepala. Peluru tersebut dikatakan dilepaskan melalui senjata salah seorang daripada pasukan khas mengenai kepala (bahagian telinga kanan) Escobar hingga menembusi ke bahagian kiri muka. Escobar dikatakan terkoban sejurus kejadian terebut.

Jeritan ” Viva Colombia! ” dijerit melalui radio khas pasukan yang terlibat. Tetapi terdapat percanggahan dimana peluru yang membunuh Escobar adalah datang dari senjatanya sendiri.

Perkara ini telah menimbulkan pelbagai keraguan kepada semua pihak mengenai siapakah yang membunuhnya.

Los Pepes

Pada Januari 1993, mengikut penulis buku “Killing Pablo “, Bowden, satu gerakkan telah ditubuhkan untuk memburu Escobar. Gerakkan itu adalah dalam kalangan “Perseguidos por Pablo Escobar,” atau dalam bahasa Melayunya, mangsa-mangsa yang telah dibunuh Escobar. Gerakkan tersebut dikenali sebagai Los Pepes. Los Pepes terdiri daripada musuh kartel Medellin, kumpulan separa askar dan beberapa mangsa penindasan Escobar.

Pada tahun 1992, Escobar telah membunuh 2 ahli Los Pepes yang menyelinap dan menjadi pengitip didalam kartelnya. Mengikut penulis Alma Guillermoprieto yang mewancara ahli Los Pepes, gerakkan ini kebanyakkan terdiri dari ahli kartel Medelin sendiri yang membelot kepada Escobar demi membalas dendam dan ingin mendapat habuan untuk membunuh Escobar.

Mengikut dokumen sulit yang ditulis oleh DEA yang diberikan kepada Bowden untuk penulisan bukunya, Los Pepes mendapat dana dari kartel Cali dan maklumat daripada pihak berkuasa Colombia untuk menjejak Escobar.

Pada 2015, makhamah memustuskan CIA untuk mengeluarkan dokumen yang berkaitan kerjasama antara kerajaan Amerika, pihak berkuasa Colombia dan gerakkan Los Pepes.

Semasa kejadian menumpaskan Escobar di kediamannya, dikatakan Los Pepes ada bersama pihak berkuasa untuk menumpaskan Escobar. Pada tahun 2003, Don Berna, salah seorang ahli Los Pepes membuat pengakuan bahawa mereka bersama pihak berkuasa Colombia dan Search Bloc membuat serbuan di kediaman tersebut selepas beberapa penafian dikeluarkan oleh pihak kerajaan terhadap kewujudan Los Pepes. Penglibatan Los Pepes bersama pihak berkuasa hasil persetujuan untuk menghapuskan musuh yang sama.

Walaubagaimanapun pada tahun 1994, salah seorang ahli kuat Los Pepes, Fidel Castaño, telah menafikan sepenuhnya penglibatan Los Pepes dalam operasi tersebut.

Perkara ini lagi sekali menimbulkan persoalan untuk mengetahui siapakah yang membunuh Escobar.

Pablo membunuh diri sendiri?

Satu temu bual bersama anak lelaki Escobar telah dijalankan. Juan Pablo Escobar Henao, atau nama barunya Sebastian Marroquin memberitahu didalam wawancara tersebut bahawa berkemungkinan ayahnya membunuh diri sendiri bagi mengelakkan dirinya dijatuhkan hukuman.

Didalam buku penulisannya “Pablo Escobar, My Father,” menceritakan Escobar sering memberitahu anaknya (beliau) bahawa dia akan membunuh dirinya dengan menembak kepala melalui telinga kanannya daripada ditangkap hidup. Kematian itu digambarkan sepertimana mayat Escobar dijumpai.

Sehingga ke hari ini. Kematiannya masih lagi menjadi misteri yang tidak dapat diselesaikan.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *