Sat. Sep 24th, 2022

Sihir bermaksud perbuatan yang memudharatkan orang lain dengan bantuan jin. Sebagai contoh santau, pukau, minyak pengasih dan pelaris.

Kesan sihir kepada mangsa mengakibatkan kesakitan tubuh badan, mencetuskan pergaduhan, memporak-perandakan rumah tangga dan menyebabkan kematian.

Membunuh bermaksud perbuatan menghilangkan nyawa seseorang. Sebagai contoh menembak dengan senjata api, menikam dengan pisau dan meletakkan racun dalam makanan atau minuman.

Kesan membunuh sangat buruk kepada mangsa dimana ia akan menyusahkan keluarga mangsa pembunuhannya dan memporak-perandakan kehidupan masyarakat.

Kedua-dua ini merupakan perkara yang termasuk didalam senarai dosa-dosa besar yang harus dihindari oleh umat Islam. Sesungguhnya perbuatan yang ditegah ini amat buruk kesannya sekiranya ia dilanggar sama ada di dunia atau akhirat.

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *