Wed. May 18th, 2022

Ledakan teknologi Internet telah menyaksikan komuniti tukang sihir Romania memindahkan amalan usang mereka ke dunia siber. Di negara Eropah Timur itu, terdapat kira-kira 4,000 tukang sihir yang sibuk mengumpan pelanggan dari serata Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Sama ada dilihat sebagai aneh, karut atau syirik, amalan ilmu mistik masih wujud dan kini pengamalnya mendakwa ia boleh dilakukan menerusi jaringan teknologi komunikasi.  Reuters melaporkan, adakalanya sesi itu dilakukan secara penstriman langsung menerusi Facebook untuk mendapatkan pengikut digital mereka. Selain itu, terdapat sesi yang berlangsung dalam sebuah pondok di halaman belakang rumah yang menjadi salah satu pusat konsultasi yang dilakukan keluarga itu secara atas talian di Bucharest, Romania.

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka dikenakan pelbagai caj untuk tujuan dan akedah yang berbeza, contohnya bayaran 50 Euro dikenakan untuk ramalan nasib menggunakan kad Tarot.

Sumber: Astro Awani

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex : https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *