Post 35: Kepentingan menjaga kebersihan untuk mengerjakan solat
Hari ini kami ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kepentingan menjaga kebersihan, bukan sahaja untuk mengerjakan solat, malah untuk kebaikkan diri kita dan masyarakat sekeliling. Kebersihan bukanlah dituntut hanya pada sudut agama, ianya juga penting dari sudut kesihatan. Islam agama yang sempurna, dimana ia mengajar penganutnya lengkap sebagai cara hidup. Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita lihat apa perkaitan Islam, Solat dan Kebersihan.
Untuk melanjutkan kupasan kami mengenai topik ini, jom kita memahami apa itu rukun Islam. Rukun Islam adalah perintah-perintah Allah yang wajib dibuat. Sesuatu yang wajib tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja. Sengaja meninggalkan rukun Islam adalah berdosa besar. Orang yang sengaja meninggalkan rukun Islam adalah sama seperti orang yang meruntuhkan agamanya sendiri. Rukun Islam adalah seumpama tiang-tiang yang menyokong bangunan Agama Islam itu. Jika tiang-tiang itu runtuh, maka musnahlah bangunan tersebut.
Apakah dalil yang mengatakan seorang muslim harus berpegang teguh kepada rukun Islam:
(Hadith ketiga daripada Himpunan Hadith Arba’in susunan Imam Nawawi)
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”. رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Islam itu didirikan atas lima (perkara) – Menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.
(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi jelaslah bahawa terdapat lima tiang utama rukun Islam yang kita harus berpegang teguh iaitu:

Untuk mengerjakan solat terdapat tatacara dan syarat-syarat yang telah ditetapakan sebagaimana ianya diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
- Orang Islam.
- Menghadap arah Kiblat
- Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
- Akil baligh
- Melihat atau mendengar.
- Jaga (tidak tidur)
- Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
- Sesudah masuk waktu sembahyang.
- Menghadap ke arah Kiblat.
- Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
- Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
- Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
- BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
- NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
- TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
- MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
- RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
- IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
- SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
- DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
- DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
- MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
- MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
- MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
- TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
- Agama Hindhu – Kitab-kitab suci Veda mencatatkan pengamalan budaya ini terawal dimana ia dipakai oleh golongan sandhu dan sami. Ianya dianggap satu amalan suci yang memberi simbolik penjauhan diri daripada hal-hal duniawi.
- Agama Buddha – Penggunaan gaya rambut ni digunakan oleh penganut Buddha. Ianya dipanggil jaṭā iaitu simbolik sebagai penolakkan kebendaan dan meninggalkan hal duniawi.
- Rastafari – Menurut kepercayaan Rastafari, gaya rambut ini melambangkan Singa Judah.
Jadi apakah pandangan ahli agama mengenai rambut ini?
- Ustaz Azhar Idrus, (19 Feb 2012), Islam mementingkan kekemasan dimana ia sesuai dengan tuntutan agama. Selain itu sekiranya rambut ini dibuat (bukan semula jadi) ia menghalang daripada air rata diseluruh badan ketika mandi junub. Tidak sah mandi junub menyebabkan seseorang itu tidak sah solat.
- Ustaz Abdul Somad, (11 Feb 2018), gimbal terdapat beberapa hukum, Mubah, Makruh dan Haram. (Mubah apabila rambut dibiarkan keras pada musim panas (Rambut asli), Makruh apabila (Rambut Asli) menjadi keras, dibiarkan dan tidak bersesuaian dengan masyarakat setempat dimana ia boleh menimbulkan pandangan yang kurang baik, Haram, dimana ia menggunakan bahan kimia untuk dijadikan dreadlock (mengubah keadaan rambut asal) dan menyambungnya).
- Mufti Waseem Khan (2 Julai 2015), Agama Islam sudah memberi panduan jelas mengenai tatacara hidup sebagai seorang muslim. Agama kita melarang untuk penganutnya mengikut budaya dan amalan yang boleh menimbulkan keraguan terhadap agama dan akidah. Ianya haram sekiranya ingin dilihat sebagai mereka yang menganuti agama lain (hidhu, buddha, rastafari). Selain itu gaya rambut ini juga merupakan perlambangan kepada sesuatu dan menjerumuskan mereka yang menggayakannya masih tidak menerima islam sepenuhnya didalam hati mereka.
Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami Solat, Kebersihan dan Dreadlock. Tugas kami disini adalah untuk menyampaikan kepada pembaca agar dapat menambah pengetahuan dan informasi yang berguna. Penulisan ini ditulis bukanlah untuk tujuan menghukum sesiapa kerana setiap manusia tidak lari dari kesilapan. Semoga kita mendapat manfaat ya!
Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.
Salam thenang.