Sat. Sep 24th, 2022

FOREX (FX) atau FOReign EXchange merupakan pasaran untuk membeli dan menjual matawang pelbagai negara, dengan membayar menggunakan matawang suatu negara bagi mendapatkan matawang negara lain. Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia merupakan salah satu negara yang mengharamkan urus niaga FOREX bagi persendirian.

Hal ini dijelaskan melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Didalam akta tersebut menyatakan bahawa urus niaga mata wang asing haram adalah merujuk kepada aktiviti membeli atau menjual mata wang asing antara orang persendirian atau syarikat dalam Malaysia dengan mana-mana individu yang tidak diberi kuasa atau kebenaran oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Akta ini juga merangkumi kepada IB (introducer broker), dimana ia dijelaskan bahawa adalah satu kesalahan untuk seseorang itu membantu atau bersubahat dengan orang lain untuk membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana orang, kecuali orang tersebut ialah peniaga yang dibenarkan.

Walaubagaimana pun pada tahun 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan draf awal bagi rangka kerja berkenaan platform perdagangan elektronik (Framework for Electronic Trading Platforms). Ia adalah langkah pertama bagi memastikan pengendali platform e-trading di Malaysia bersiap sedia untuk memenuhi segala peraturan yang digariskan, dan seterusnya berdaftar dengan BNM.

Disini, kami hanya menjelaskan situasi sebenar perundangan yang ada di Malaysia. Kami tidak menyokong dan juga tidak menentang sekiranya pihak tuan dan puan untuk meneruskan aktiviti pelaburan. Bak kata para pelabur, trade at your own risk, setup cantik hentak FM. Dan ingat market bukan kita yang punya.

Thenang My

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *