Suami isteri, ipar bakal ke tali gantung, mendapat bekalan Cik Hussin melalui pos

Post 305: Suami isteri, ipar bakal ke tali gantung, mendapat bekalan Cik Hussin melalui pos

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, suami, isteri dan seorang ipar berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan bersama rampasan Cik Hussin seberat 1.2 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah flat di Jalan Bebuloh, Labuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pemeriksaan di bilik tidur pasangan terbabit menemukan satu ketulan mampat daun kering yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki Cik Hussin.

Pemeriksaan kemudiannya dilakukan di bilik tidur kedua yang dihuni ipar kepada suspek utama dan menahan wanita terbabit untuk membantu siasatan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek lelaki didapati positif Cik Hussin manakala kedua-dua suspek wanita pula bebas dari sebarang pengaruh dadah.

Jumlah dadah yang berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM7,000 berdasarkan harga pasaran semasa. Muhamad Farid berkata, modus operandi suspek mendapatkan bekalan dengan menggunakan perkhidmatan pos laju dari Kuala Lumpur yang terus dihantar ke rumah suspek.

Ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 20-an akan dirujuk ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

Sumber: Harian Metro 16 Mei 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih

Leave a Comment