Sun. Sep 18th, 2022

Raja monyet, atau ia juga dikenali sebagai Sun Wukong didalam sejarah lagenda mistik cina yang menjadi watak utama didalam buku novel Journey to the West pada abad ke 16. Didalam novel tersebut menceritakan, Sun Wukong telah dilahirkan daripada batu yang mempunyai kuasa mistik yang telah dipuja oleh golongan Taoist. Selepas berlaku pemberontakkan di syurga, dia di penjarakan di bawah gunung oleh Buddha. Selepas 500 tahun kemudian, dia dibebaskan dan mengikut sami Tang Sanzang dan dua lagi muridnya untuk ke Selatan demi mencari kitab suci Buddha dimana disana adalah tempat Buddha dan pengikutnya tinggal.

Sun Wukong mempunyai banyak kebolehan dimana dia mampu membawa barang-barang yang berat dan boleh berlari dengan kelajuan yang sangat cepat. Kelajuan Sun Wukong dikatakan seperti kelajuan tahi bintang yang jatuh di bumi dimana dia mampu berlari sejauh 54,000km dengan sekelip mata. Sun Wukong juga mempunyai kelebihan untuk bertukar menjadi 72 hidupan yang ada di bumi ini. Ia termasuk pelbagai binatang dan objek di sekelilingnya. Sun Wukong juga handal dalam berlawan dimana beliau mampu mengalahkan pahlawan yang terhebat didalam syurga. Sun juga mempunyai kelebihan luar biasa  dimana dia boleh menggunakan sihir untuk mereplikakan dirinya, menukar objek menjadi senjata dan pelbagai lagi. Dia juga dikatakan mampu mengawal cuaca di sesuatu tempat.

Lagenda Sun Wukong dikatakan diambil dari lagenda Monyet Putih dimana ia menjadi cerita rakyat dalam kalangan penduduk Kerajaan Chu pada tahun 700 hingga 223 sebelum masihi. Lagenda ini kemudian dibawa hingga ke Dinasti Han dimana terdapat banyak patung-patung monyet dibuat pada ketika itu.

 

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan
Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *