Tak Sempat Nikah, Tewas Di Tangan COVID-19

Post 273: Tak Sempat Nikah, Tewas Di Tangan COVID-19

Seorang doktor muda dari Indonesia yang sebelum ini sanggup menangguhkan pernikahan demi merawat pesakit Covid-19, maut akibat wabak berkenaan, Sabtu lalu.

Dr Michael Robert Marampe, 28, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di Bogor. Berita kematiannya disahkan Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr Halik Malik. Dr Michael yang sebelum ini bertugas di Rumah Sakit Permata Bunda, Cibitung, Bekasi, pada awalnya merancang bernikah dengan gadis pilihannya, pada 11 April lalu.

Bagaimanapun, beliau menunda tarikh perkahwinan itu kerana perlu bertugas susulan penularan wabak Covid-19 di Indonesia. Tribune.news.com melaporkan Dr Michael juga berhasrat memperdengarkan lagu ciptaannya buat pertama kali untuk isteri pada majlis pernikahan mereka. Selain itu, ketika menerima rawatan, Dr Michael sempat memberikan kata semangat kepada rakan seperjuangan di barisan hadapan yang masih bergelut merawat pesakit.

Doktor itu dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan dan menerima rawatan selama lapan hari di hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Dalam pada itu, Dr Halik memaklumkan setakat ini, 24 doktor di seluruh republik itu meninggal dunia akibat Covid-19.

Setakat jam 3 petang semalam, Indonesia merekodkan 8,882 kes jangkitan dengan 743 kematian.

Sumber: Harian Metro 28 April 2020

  1. Kupasan ini dibuat berdasarkan sumber media luar negara/ dalam negara yang diiktiraf. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas pemahaman dan tafsiran individu lain yang membacanya. Sumber dan tarikh disediakan untuk memudahkan warganet merujuk sumber asal.
  2. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima k

Leave a Comment