Tue. Sep 20th, 2022

Tammuz atau dalam bahasa Summeria dikenali sebagai Dumuzi. Mengikut agama tamadun Mesopotamia, Tammuz merupakan tuhan kesuburan dimana ia berkuasa memberi kehidupan kepada anak-anak yang bakal lahir. Perkataan Tammuz diambil dari bahasa Akkadia, iaitu Tamuzzi. Mengikut bahasa Summeria pula, Damuzid bermaksud “kekal muda”, dimana kemudia ia diubah menjad Dumu-zid atau Dumuzi. Perkataan Tammuz mula ditulis didalam catatan Early Dynastic III pada tahun 26000-2334 sebelum masihi. Ia berkemungkinan sudah ditulis awal sebelum tarikh yang ditetapkan oleh ahli sejarah.

Mengikut mitos yang ditulis oleh kaum Summeria, Dumuzid mempunyai kakak yang bernama Geshtinanna, iaitu tuhan pertanian. Mengikut senarai raja-raja Summeria, Dumuzid dicatatkan sebagai raja yang telah lama wujud sejak zaman banjir besar di Bad-tibira dan juga raja kepada banda Uruk. Mengikut puisi yang ditulis oleh bangsa Summeria yang bertajuk “Inanna Prefers the Farmer”, Dumuzid telah berlawan dengan Enkimdu untuk merebut hati Inanna. Tapi malangnya Dumuzid telah gagal untuk mendapatkan Inanna. Dia dikatakan kecewa dan meratap kegagalannya sehingga mati. Inanna yang sedih dengan kematian Dumuzid telah turun ke dunia bawah tanah dan membiarkan raksasa “galla” membawanyanya ke dunia disana sebagai ganti. Akan tetapi Inanna menyesal dengan keputusannya dan membiarkan Dumuzid keseorangan disana.

Menggikut penulisan Gilgamesh pada Tablet ke VI dalam penulisan “Epic of Gildamesh,” Ishtar,  kekasihnya telah ditukarkan menjadi burung “allalu bird” yang dipatahkan sayapnya. Pada saat itu penduduk Mesopotamia dilanda kemarau yang panjang dan ia dikatakan akibat kesedihan Dumuzid diatas apa yang terjadi terhadap kekasihnya. Penduduk di Mesopotamia telah melakukan pelbagai upacara diatas kesedihan Damuzid dan berkabung untuknya. Cerita mengenai Dumuzid kemudia. tersebar sehingga ke Yunani, dimana  dia dikenali sebagai Adonis di dalam bahasa “west semitic”.

Thenang My
Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/
Telegram: https://t.me/komplotthenangco
Instagram: Thenang.co

Ruangan Iklan 
Tak tahu trade forex, mari kami bantu. Copytrade forex: https://t.me/Mfcopytradefb

 

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *