Sat. Sep 24th, 2022

Post 45: Hemp untuk kesihatan

Hemp merupakan tumbuhan yang serumpun dengan Cik Hussin dan sering mendatangkan kekeliruan dalam kalangan kita. Bukan sahaja ia mengelirukan orang awam, pihak perundangan di Malaysia sendiri juga masih tidak dapat mengecam Hemp dan Cik Hussin. Penggunaan Hemp sebagai sumber alternatif untuk perubatan lebih meluas berbanding Cik Hussin sendiri kerana kandungan CBD yang lebih tinggi boleh didapati pada Hemp berbanding Cik Hussin. Selain itu, kesan penggunaan Hemp yang tidak memberi kesan euphoria juga menyebabkan ia diterima pakai sebagai sumber alternatif untuk perubatan kerana Hemp sendirinya mengandungi peratusan THC yang rendah berbanding Cik Hussin.

Ketagihan Cik Hussin menjadi isu bualan hangat dimana rata-rata risau sekiranya ia dibenarkan penggunaan untuk perubatan di Malaysia, ia akan menambahkan lagi kebejatan sosial dalam kalangan masyarakat. Menurut laporan Sinar Harian, kajian awal menunjukkan risiko ketagihan melalui pengambilan Cik Hussin harian adalah sebanyak sembilan peratus berbanding ketagihan kafein dan gula iaitu 11 peratus dan ke atas. Ini bermaksud caffein lebih memberi ketagihan berbanding Cik Hussin itu sendiri.

Pengumuman untuk membenarkan tanaman Hemp dan Cik Hussin jenis Sativa untuk kajian industri oleh kerajaan Malaysia telah disambut baik oleh Malaysia Society of Awareness. Setiausaha Masa, Harish Kumar Thanabalan berkata, ia usaha awal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai kegunaan Cik Hussin dan mengubah stigma ganja yang dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, pada masa sama beliau berharap kerajaan dapat memberi laluan kepada MASA dan universiti tempatan bagi menjalankan kajian dan penanaman Cik Hussin bagi tujuan perubatan serentak dengan penanaman Hemp.

“Masa membuat kajian penggunaan Cik Husin bagi perubatan yang sesuai digunakan untuk masalah kemurungan dan penyakit mental.

“Kemurungan berpunca daripada pemikiran yang tidak boleh dikawal dan penggunaan Cik Hussin membuatkan pesakit stabil dan lebih tenang disusuli aktiviti sokongan bagi perawatan,” katanya.

Moga suatu hari nanti lebih terbuka untuk bidang kajian bagi tumbuhan Cik Hussin.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai tanam Hemp untuk ubah stigma masyarakat

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam thenang.

Sumber:

Sinar Harian, Norafiza Jaafar, 18 November 2019,

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

One thought on “Tanam Hemp Ubah Stigma Masyarakat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *