Sat. Sep 24th, 2022

1. Senjata Nuclear

 

German pada waktu itu mendahului kesemua negara musuhnya dalam penyelidikan teknologi nuclear. Pada waktu itu, German telah melahirkan ribuan ahli fizik yang mahir untuk mengkaji mengenai reaktor nuklear, pemisahan isotop dan kesan pencemaran nuklear terhadap air dan bumi.

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi tuntutan kerajaan untuk menghapuskan kaum Yahudi. Akan tetapi teknologi ini tidak diguna pakai kerana tekanan yang telah diberikan oleh musuh-musuh kepada negara German. Hasil penemuan nuklear ini kemudian diguna pakai semasa perang dingin.

2. Teknologi pembuatan Helikopter dalam skala yang besar

 

Negara German antara negara terawal yang berjaya menghasilkan pembuatan helikopter secara berskala besar. Helikopter model Flettner F1 282 merupakan helikopter pertama yang dicipta selepas German menghasilkan prototype. Pada tahun 1944, sebanyak 1000 helikopter dikeluarkan. Kilang helikopter ini kemudian dibom oleh pihak musuh pada Mei 1945 menyebabkan produksi helikopter terus dihentikan.

3. Kapal terbang roket

`

Model “Silbervogel” merupakan kapal terbang pertama yang berteknologi roket dimana ia boleh terbang kepada ketinggian menghampiri angkasa. Kapal terbang ini telah digunakan untuk melancarkan bom ke New York. Teknologi ini kemudian dikembangkan dan diguna pakai untuk pembuatan roket pada hari ini.

4. Kereta kebal raksasa

 

Teknologi pertahanan German dalam membina kereta kebal pada waktu perang dunia ke 2 sangat lemah dan tidak mampu mengatasi teknologi musuh. Akan tetapi, German bijak menggunakan bahan yang ada dengan membina kereta kebal yang lebih besar daripada pihak musuh. Antara kereta kebal raksasa yang dicipta oleh German pada waktu itu adalah kereta kebal model P.1000 Ratte dan P.1500 monster yang mempunyai berat 1000 hingga ke 1500 tan. Kedua-dua kereta kebal ini boleh dikatakan bersize raksasa pada waktu itu berbanding kereta kebal musuh kerana ia mampu melengkapi pelbagai simpanan senjata dan puluhan orang krew. Tapi kereta kebal ini tidak digunakan untuk peperangan kerana ia tidak praktikal dan senang menjadi tumpuan musuh.

5. UFO

Tentera Nazi juga popular dalam teknologi penciptaan objek terbang yang tidak diketahui. Walaupun tiada pembuktian yang bertulis, tetapi khabar angin ini menjadi satu perkara yang hangat melibatkan teknologi perang tentera Nazi. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Nazi telah menjumpai satu pesawat makhluk asing atau terjumpa teknologi makhluk asing di Antartika dan teknologi itu dibawa pulang ke German untuk kegunaan perang.

ThenangMy

Facebook : https://web.facebook.com/ThenangMy/

Instagram: Thenang.co

Telegram: https://t.me/komplotthenangco

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *