Mon. Sep 19th, 2022

Post 41: Burnout sindrom dalam kehidupan

Burnout sindrom dalam kalangan kita merupakan satu perkara yang sering terjadi dimana kita tidak sedar yang kita sedang mengalami masalah tersebut. Sindrom ini adalah satu peringkat dimana anda merasakan kepenatan emosi, fizikal dan mental untuk menempuh kehidupan seharian anda. Dalam keadaan tertekan, ia bukan sahaja menganggu kehidupan kita, kesihatan kita juga akan turut terjejas di mana sistem pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah.

Antara punca terjadinya burnout sindrome ini adalah:

  • Pekerjaan – Isu kerjaya merupakan antara salah satu isu utama terjadi perkara ini. Tekanan kerja, suasana di tempat kerja dan bebanan kerja merupakan penyumbang utama dalam berlakunya perkara ini. Oleh itu pentingnya mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemampuan diri kita agar tidak terbeban dengan masalah pekerjaan. Selain itu, rakan-rakan di tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Manusia biasa yang menjalani rutin bekerja untuk menampung keperluan hidup menghabiskan masa sekitar 12 jam bersama rakan sepejabat. Oleh itu ia menjadi peranan yang penting agar masa yang dihabiskan ketika bekerja tidak dipenuhi oleh toksik yang membebankan hidup kita.

 

  • Persekitaran – Setiap hari kita melihat perkara-perkara yang kita inginkan dikongsi di media sosial seperti kemewahan, gaya hidup yang bergaya dan sebagainya. Disebabkan perkara ini, ianya mendorong kita untuk mencapai apa yang mereka capai. Usaha yang keras tanpa imbangan gaya hidup yang sihat dapat menyumbangkan kepada faktor burnout sindrom. Tambahan apa yang kita usaha tidak dapat dicapai. Oleh itu, haruslah kita berpegang bahawa setiap manusia boleh berjaya, tetapi mereka harus melalui liku liku yang berbeza dan harus mempunyai kesabaran.

Apabila terjadinya burnout sindrom pada seseorang, ia akan memberi amaran awal seperti:

  • Kepenatan dan keletihan melampau
  • Mengambil risiko yang melampaui batas
  • Marah kepada setiap kritikan
  • Syak wasangka
  • Rasa tidak dapat dibantu
  • Rasa hidup dipenuhi dengan perkara negatif

Ramai yang menghadapi masalah ini, oleh itu bantuan awal sangatlah penting bagi mencegah ianya menjadi lebih teruk.

Alright guys, sampai disini sahaja perkongsian kami mengenai topik Burnout Sindrome. Semoga kita mendapat manfaat ya!

Seperti biasa, jangan lupa lontarkan pandangan korang dan share ya.

Salam Thenang

By Thenangmy

Thenangmy adalah blog bagi jenama Thenang.co. Dimana kami disini mengupaskan cerita-cerita yang rare bagi pembaca semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *